`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 20, 2014

Dokumen palsu, pegawai MB Selangor buat laporan polis

Seorang pegawai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini membuat laporan Polis berhubung sebuah dokumen yang didakwa palsu yang mendedahkan "Langkah Kajang" oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.

Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Besar Selangor, Azrul Azwa Ahmad Tajuddin berkata, laporan polis itu dibuat bagi mengelak namanya dikaitkan dengan dokumen yang didakwanya sebagai palsu itu.

"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak tahu menahu atau mempunyai sebarng kaitan dengan perancangan Langkah Kajang atau mana-mana intipati lain yang terkandung dalam dokumen setebal tujuh muka surat itu," demikian menurut laporan polis itu yang diperoleh Malaysiakini.

Dokumen yang diberi nama "Ringkasan Eksekutif Langkah Kajang" disebarkan meluas dalam internet hari ini,  yang didakwa dikarang oleh Rafizi pada 30 Disember tahun lalu.

Nama Azrul disebut sebagai salah seorang perancang bersama dengan Institut Rakyat. Beliau telah meninggalkan Istitut Rakyat April lalu.

Beliau kini masih berada di Balai Polis memberi keterangan selepas membuat laporan pada jam 1.55 petang tadi.

Rafizi hari ini menasihatkan penyokong Pakatan Rakyat agar berhati-hati dengan satu dokumen palsu yang dakwanya digunakan untuk memfitnah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Pengarah strategi PKR itu menyalahkan BN dan Umno di atas penyebaran dokumen itu - yang didakwa mengandungi ringkasan eksekutif "Langkah Kajang'.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.