`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 15, 2014

Exco PAS nafi sekongkol dengan Khalid lewatkan sidang DUN

Exco PAS, Dr Halimah Ali menafikan wujudnya sebarang perbincangan bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi melewatkan sidang Dewan Undangan Negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2014. Exco PAS, Dr Halimah Ali menafikan wujudnya sebarang perbincangan bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi melewatkan sidang Dewan Undangan Negeri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2014. 
Exco PAS, Dr Halimah Ali menafikan beliau dan tiga rakannya berpakat dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk sengaja melewatkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.
Mereka didakwa bekas exco DAP Datuk Teng Chang Khim bertindak demikian bagi membenarkan menteri besar Bebas yang dipecat PKR itu untuk terus berkuasa di Selangor sehingga November.
"Tak ada bincang. Kalau dia (Khalid) ada bincang dengan exco lain, itu saya tidak tahu," katanya merujuk kepada tiga exco PAS lain yang juga tidak dipecat Khalid kerana dipercayai menyokongnya.
DUN penggal ketiga dijadualkan bersidang November ini, tetapi PKR dan DAP menggesa sidang DUN tergempar diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan undi tidak percaya dibuat terhadap Khalid
MENYUSUL LAGI
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.