`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, August 18, 2014

Habislah Wan Azizah.. Anak Jati Selangor demo bantah pencalonannya sebagai MB Selangor


Habislah Wan Azizah kali ni... Anak-anak jati Selangor pulak yang tolak pencalonan dia sebagai Menteri Besar kali ini...

Mahu tak habis kali ni sebab wakil sebahagian besar rakyat jati Selangor secara jelas dan terang sudah membantah pencalonannya di luar pagar bangunan SSAAS..

Demo diadakan kerana mereka rasa tercabar apabila sultan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dipermainkan oleh pihak berkenaan yang sewenang-wenangnya mahu menukar Menteri Besar sedia ada..

...Sekumpulan remaja yang menggelarkan diri mereka 'Anak jati Selangor', berkumpul di pintu masuk utama Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam bagi menyatakan bantahan mereka terhadap pemilihan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Seramai lapan anak muda yang mendakwa anak jati Selangor berhimpun secara aman di pintu masuk utama ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di Shah Alam, tengah hari ini. 

Perhimpunan setengah jam itu diadakan sebagai membawa mesej dari rakyat Selangor kepada pakatan pembangkang, bahawa mereka tidak mahu orang luar dilantik sebagai Menteri Besar.

Menurut wakil kumpulan itu, Mohd Kamal Habsi, kehadiran mereka tidak mewakili mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau organisasi politik.

"Kami rasa tercabar apabila sultan kami dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri dipermainkan oleh pihak berkenaan yang sewenang-wenangnya mahu menukar Menteri Besar sedia ada kepada orang luar yang berkepentingan,” katanya ketika ditemui di luar pagar bangunan SSAAS.

Menurut Mohd Kamal, mereka mengutuk keras apa yang berlaku di negeri itu dan memberi amaran kepada pakatan pembangkang, walaupun suara mereka kecil, tetapi mewakili sebahagian besar rakyat jati Selangor.

Mereka membawa kain rentang dan plakat bertulis, 'Kami mahu anak Selangor”, 'MB Selangor untuk anak Melayu Selangor', Perkara 53 (3) menjelaskan MB Selangor mestilah warganegara secara kuatkuasa undang-undang dan bukan bernombor IC 71”.

Menurut mereka lagi, demonstrasi aman itu dilakukan untuk meluahkan rasa tidak puas hati kerana tiada anak jati Selangor yang dicalonkan untuk jawatan berkenaan.


Mereka turut menyatakan ketidak yakinan terhadap kemampuan ADUN Kajang itu dan mendakwa beliau tidak menunjukkan kewibawaan sebagai pemimpin baik di peringkat pusat mahupun negeri.


Salah seorang daripada mereka, Kamal Hasbi, 26, turut menyatakan anak-anak muda yang menjadi majoriri pengundi di Selangor mahukan semua pihak menghormati keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum ini tidak berkenan dengan pencalonan Wan Azizah.


Rakan beliau, Hafiz Saroni, 23, pula menegaskan penolakan pencalonan Wan Azizah oleh ramai pihak bukan sebab gender tetapi kewibawaan beliau sebagai pemimpin selain Undang-undang Tubuh Negeri Selangor yang menetapkan jawatan Menteri Besar dipegang oleh anak watan negeri lapor Blog Macai..


Kah.. kah.. kah.. kalau demo setakat 8 orang saja.. tak payah buat demo la weii..

Balik tolong emak hangpa pi kedai lagi baik!

Anak-anak Jati Selangor atau anak-anak pemimpin JATI Selangor ni?

Sumber :  http://darisungaiderhaka.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.