`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, August 16, 2014

JPN harus selesaikan isu Bin, Binti di Sabah

Klasifikasi yang salah terhadap penduduk Kristian dalam MyKad mereka telah menghalang mereka daripada berkahwin secara sah
National Registration Department (JPN)KOTA KINABALU: Sebuah gereja di Sabah menggesa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menyelesaikan masalah Orang Asal beragama Kristian yang terdapat perkataan “bin” atau “binti” dalam nama mereka serta dimasukkan ke dalam kategori agama yang salah oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
“Gereja membuat aduan kepada JPN dua tahun yang lalu untuk 162 kes di Sabah, tetapi diberitahu bahawa tidak ada tindakan selanjutnya boleh diambil kerana fail-failnya hilang,” demikian kata Presiden Sidang Injil Borneo (SIB) Sabah, Rev Jerry Dusing.
Beliau memohon agar JPN berhenti daripada menjadi ‘pemudah’ kepada tindakan pengislaman melalui perubahan status agama dalam MyKad penduduk-penduduk beragama Kristian di negeri ini.
“Kami juga ingin menyeru pihak berkuasa untuk mengekang tindakan agresif Islamisasi di Sabah yang dilakukan dengan cara meragukan seperti ugutan, dorongan dan penipuan,” katanya.
Dusing berkata, di salah klasifikasikan sebagai Islam di dalam MyKad menyebabkan penduduk Kristian terhalang daripada berkahwin secara sah, seterusnya menghalang pendaftaran kelahiran anak-anak mereka dan juga pendaftaran anak-anak di sekolah-sekolah serta permohonan untuk mendapatkan kad pengenalan mereka sendiri.
“Mereka juga telah diberitahu oleh JPN bahawa jabatan itu hanya akan memperbetulkan status agama mereka jika mereka pergi ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan pengisytiharan yang mereka bukan beragama Islam.
“Paling lucu apabila penduduk Kristian perlu tertakluk kepada telunjuk Mahkamah Syariah,” katanya.
Dusing menekankan hak-hak rakyat Sabah dalam kebebasan beragama itu selepas Ketua Biskop Gereja Katolik Sabah, John Wong membangkitkannya di perhimpunan ‘mamangkis’ anjuran Perpaduan Anak Negeri (PAN) Sabah di Papar, Sabtu lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.