`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, August 10, 2014

KANAK-KANAK HAMPIR TELAN BESI DALAM AISKRIM CADBURY


London - Seorang kanak-kanak hampir tertelan serpihan logam tajam ketika makan aiskrim Cadbury yang mengandungi serpihan besi tersebut.

Aurora, 4, dan adiknya Tobias, 2, dikatakan memakan aiskrim tersebut ketika berjalan pulang bersama ibu mereka, Roy Smith, 31, pasangan ibunya.



Tiba-tiba, kanak-kanak perempuan itu menjerit kesakitan di mulut dan Allen segera memeriksa mulutnya.

“Saya lihat ada benda yang bersinar dan mengoreknya keluar. Ia adalah serpihan  logam.

“Kemudian saya megambil aiskrim yang dimakannya lalu mendapati ada logam di tengah-tengah kon tersebut yang berbentuk bola” ujarnya.

Menurutnya lagi, keadian itu menyebabkan Aurora tidak mahu makan malam kerana khuatir makanan yang dimakannya akan membuat mulutnya sakit. Selain itu, dia juga mengalami trauma.




Jurucakap syarikat pengeluar produk aiskrim Cadbury berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dan tindakan yang sepatutnya akan diambil untuk memastikan perkara yang sama tidak akan berulang. - SiakapKeli

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.