`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 15, 2014

Kemelut MB: Tumpuan pada PAS dan sultan


Walaupun berjaya mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan sokongan terbaru dua wakil PAS, masih terdapat halangan besar yang perlu direntas Pakatan Rakyat untuk mempertahankan pentadbirannya di Selangor.


Ini kerana masih terdapat perkara perlu diselesaikan dengan PAS dan istana Selangor bagi menamatkan krisis menteri besar di negeri itu.

Hubungan antara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan PKR dengan kedua-dua pihak itu kini sedang diperhatikan untuk tempoh penting dua tiga hari ini bagi menentukan kepimpinan negeri.

Paling penting sama ada PKR dan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mengemukakan nama kedua sebagai calon menteri besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang sudah dipecat parti itu.

Istana Selangor sudah pun menolak permohonan Wan Azizah untuk menghadap sultan awal minggu ini kerana pihak itu enggan terlibat dalam urusan dalaman PKR.

Wan Azizah, ADUN Kajang, bagaimanapun kini mengutus surat kedua untuk tujuan itu bagi memaklumkan beliau sudah mendapat sokongan majoriti daripada anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyingkirkan Khalid.

Dengan perkembangan terbaru itu, terdapat tuntutan supaya sultan memperkenan untuk mengarahkan Khalid meletakkan jawatan.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali semalam berkata beliau ada “dengar” bahawa istana menolak pencalonan Azizah, justeru parti itu dikatakan mahu PKR menamakan calon lain.

Jika istana sekali lagi tidak menerima menghadap Azizah, PKR dan DAP nampaknya harus menunggu sehingga sidang DUN seterunya untuk melakukan undi tidak percaya terhadap Khalid.

Dewan juga mungkin tergantung dan sekali gus mendorong sultan membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya baru negeri.

Perkara itu menyebabkan Pakatan harus berhati-hati ekoran kebimbangan pilihan raya itu tidak menguntungkan PAS dan PKR berbanding pilihan raya umum ke-13 lalu.

Cara utama untuk mengelakkan perkara itu hanya dengan memastikan PAS mendukung hasrat menukar menteri besar sedia ada bersama PKR dan DAP.--malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.