`
10 APRIL 2024
Thursday, August 7, 2014
Macai Komplen PDRM Tak Buat Kerja Dan Tak Peduli Penipuan Atas Talian
Tolong sebarkan geng MMFC.. nama-nama dan nombor akaun penipu online. Kesian pada penguna yang kena tipu ni. Lama kelamaan orang dah tak berani nak beli dan urusan secara Online lagi, sebab dah ramai kena tipu.
Sedangkan ada diantara kita yang memang cari makan secara halal dengan berniaga online ni.
Paling menyedihkan apabila pembeli ditipu oleh peniaga online (scammers) ni.. buat laporan polis, tiada tindakan atau tangkapan yang dibuat, seolah-olah perkara ni tak penting.
Ada kes yang scammers ni menipu beratus orang, malah masih aktif untuk menipu orang lain pulak, tanpa rasa takut! Sampai bila pihak berkuasa nak biarkan perkara ini berlaku? Sampai ada anak atau keluarga VIP kena tipu baru mengelabah nak ambil tindakan?
Sekarang ni, peniaga online atau pembeli online memperlecehkan PDRM kerana gagal mengambil tindakan keatas scammers yang menipu ramai orang. Seumpama PDRM ni tiada kuasa dan peranan.
PDRM patut mencari jalan mengekang perkara ini dari terus berlaku. Tolong kembalikan keyakinan mereka pada PDRM. Tolonglahh.. bertindak dan lakukan sesuatu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.