`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, August 13, 2014

Mengapa Khalid Ibrahim Tidak Merayu Tetapi Mengadu Kepada ROS?


Khalid minta ROS campur tangan pemecatannya 

SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) campur tangan dan meneliti proses pemecatan beliau dari PKR. 

Kata beliau, walaupun undang-undang ROS tidak membenarkan urusan pertubuhan termasuk parti politik dibawa ke mahkamah, namun beliau akan menggunakan saluran itu.

"Saya tidak akan membawa perkara ini ke mahkamah, tapi saya akan juga meminta Pendaftar Pertubuhan untuk melihat kepada tatacara bagaimana pertubuhan-pertubuhan menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka," katanya pada sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang hasrat beliau untuk meneruskan tindakan mahkamah ke atas PKR selepas memecatnya tanpa memberi peluang untuk memberi penjelasan.

Jumaat lalu, Abdul Khalid telah meminta Lembaga Disiplin PKR menangguhkan sesi pendengaran berhubung dakwaan salah laku dan mencadangkan ia diadakan pada 15 Ogos.

Bagaimanapun katanya Lembaga Disiplin meneruskan sesi pendengaran itu tanpanya pada Sabtu lalu dan memutuskan supaya keahliannya digugurkan serta-merta.

Abdul Khalid dipecat dari keahlian PKR kerana enggan mematuhi keputusan parti agar memberi laluan kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor. -SH

ULASAN GB

Aikkk bukan main gah suruh exco yang tidak suka kepadanya letak jawatan dan kemudian pecat mereka.

Sebelum ini juga bukan main gegak gempita mendakwa diri masih MB kerana mendapat pekenan Sultan.

Tiba-tiba nak mengadu nasib kepada ROS bagi mencabar pemecatannya.

Yang memecatnya ialah Lembaga Disiplin parti. Soal pemecatan parti tidak boleh di bawa ke mahkamah. ROS pun tak boleh campurtangan. Ia berlaku untuk semua parti samada di dalam BN atau PR.

Bukankah TSKI sendiri telah menolak arahan kepimpinan partinya sendiri, bak berpatah arang berkerat rotan dan Lembaga Disiplin PKR juga yang memutuskan TSKI bersalah dan tindakan memecatnya telah diambil?

Bukankah Lembaga Disiplin parti juga telah memberikan masa 14 hari untuk Tan Sri membuat rayuan Kena tidak digunakan peluang itu sebaliknya mengadu kepada ROS?

Tiba-tiba bila keseorangan sebagai ahli Bebas dah tak senang duduk... mahu kembali kepadea PKR dengan mencabar kesahihan pemecatannya?

Katakanlah berjaya, mana pula Faekah nak letak muka, penyokong kuatnya yang dah keluar parti nak letak muka...

Maaflah Tan Sri, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan... suka atau tidak suka, Khalid Ibrahim akan tetap kena lepaskan kerusi MB itu juga...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.