`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, August 5, 2014

Mesej untuk memboikot McD tersebar

Boikot McD bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin.

boikot mcd
PETALING JAYA: Boikot dilakukan oleh rakyat Malaysia terhadap produk makanan segera yang dikatakan menyumbang kepada rejim Israel.
Dalam satu pesanan dan gambar yang kini menjadi viral di laman sosial, serta disebarkan melalui aplikasi ‘whatsApp’ orang ramai diajak memboikot McDonalds bermula Jumaat ini di seluruh negara.
“Hari Boikot McD Malaysia!!! Bermula 8 Ogos 2014 jam 7 pagi hingga 7 pagi. Boikot McD bermula Jumaat ini sehingga Zionis Israel seratus peratus keluar daripada Palestin,” tulis pesanan itu.
Walaubagaimanapun, sehingga kini tiada maklumat siapakah penganjur kepada kempen tersebut.
Dalam masa yang sama, satu laman telah dibuka di Facebook yang menggunakan nama Boikot Mc Donald’s telah ditubuhkan pada 1 Ogos lalu.
Laman tersebut telah mendapat sebanyak lebih 16 ribu orang pengguna laman sosial Facebook dalam masa hanya lima hari.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.