`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, August 12, 2014

Panas : Pertemuan Dan Perbincangan Antara Anwar Dan Tg Hadi Awang Di Terengganu Apa Cerita Ya ?

Datuk Seri Anwar Ibrahimdi Lapangan Terbang Sultan Mahmud selepas mengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang

   TERENGGANU - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan mengejut dengan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini petang ini.

Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Mustapa Ali ketika ditemui pemberita mengesahkan perkara itu.

"Ok. Ya saya sahkan ada (pertemuan)," katanya ketika ditemui di pekarangan sebuah hotel di Kuala Ibai di sini.
Pertemuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan kemelut isu menteri besar Selangor
Bagaimanapun, Hadi enggan bertemu dengan media dan meninggalkan tempat perjumpaan itu secara tergesa-gesa.
PKR telah memecat Abdul Khalid sebagai anggota parti ekoran keengganan beliau melepaskan jawatan menteri besar dan memberi laluan kepada presiden parti Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk menggantikannya.

Abdul Khalid sebelum itu memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa Sultan Sharafuddin Shah telah memberi perkenan kepada beliau untuk terus kekal sebagai menteri besar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.