Aku rasa semua orang ada ceritanya sendiri. Cukuplah kita yang menyimpannya sendiri. Selepas puasa kita akan digembirakan oleh Allah dengan kedatangan Syawal. Walaupun mengikut syariat Hari Raya Aidilfitri ni hanya pada 1 Syawal sahaja namun tidak salah untuk sama-sama kunjung mengunjung antara sanak saudara bagi mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Kalau 1 hari sahaja memang tak cukup masa untuk kunjung mengunjung satu sama lain.
Selepas daripada bercuti, tibalah pulak giliran pejabat-pejabat untuk menyambut hari raya. Ada yang sehingga habis bulan Syawal ni.
Dalam kegembiraan kita menyambut Syawal ini. Jangan pula kita lupa hadiah yang Allah bagi kepada kita di bulan Syawal ini. Iaitu Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal. Saya tidak mahu mengulas panjang bekernaan puasa enam hari di bulan Syawal ini. Biar para ahli agama yang menerangkan dengan panjang lebar bekernaan soal feqah puasa enam hari di bulan Syawal ini.
Adapun saya hanya seorang yang tidak bekelayakan yang hanya menganggap puasa enam hari di bulan Syawal ini adalah hadiah daripada Allah kepada hambanya yang inginkan hadiah tersebut.
Jom kita bersama-sama merebut hadiah tersebut.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.