`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, August 15, 2014

Suami Ditangkap Khalwat Di Rumah Pasangannya | Tembelang suami main kayu tiga terbongkar

DUNGUN - Rahsia hubungan sulit seorang suami bersama gadis lain terbongkar selepas pasangan itu dicekup khalwat di sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), dekat sini, tengah hari kelmarin.

Suami Ditangkap Khalwat Di Rumah Pasangannya | Tembelang suami main kayu tiga terbongkar

Lebih mendukacitakan perbuatan tidak bermoral itu berlaku di sebuah bilik ketika ibu bapa gadis terbabit ada bersama di rumah berkenaan.

Kelakuan sumbang pasangan terbabit terbongkar selepas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik diketuai Inspektor Mohd Ridhuan Ismail menyerbu rumah berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari sebelum menemui sepasang kekasih sedang tidur dalam keadaan berpelukan di sebuah bilik.

Suspek lelaki yang berusia 20-an juga menjadi buruan polis kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Dia yang sudah berumah tangga dikatakan sering tidak pulang ke rumah selain selalu mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Ujian saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah methampethamine.

Suspek yang tidak bekerja itu dikatakan sering mengunjungi rumah teman wanitanya setelah menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.

Tidak cukup dengan hubungan sulit, dia juga dipercayai turut berkongsi dadah bersama gadis berkenaan selepas ujian saringan air kencing menunjukkan teman wanitanya juga positif methampethamine.

Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah sebelum diserahkan kepada pegawai penguat kuasa syariah untuk tindakan lanjut.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 selain bakal menghadapi pendakwaan di Mahkamah Rendah Syariah awal Oktober ini atas kesalahan Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 kerana berkhalwat.

Jika sabit kesalahan, pasangan terbabit boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan penyalahgunaan dadah pula, mereka boleh dikenakan denda atau penjara. Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.