`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, August 6, 2014

Tarik balik imuniti Rizalman, dakwa sebagai rakyat biasa, kata peguam negara

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail cadang Wisma Putra tarik balik imuniti Muhammad Rizalman Ismail untuk dibicara sebagai orang biasa di New Zealand. Gambar fail The Malaysian Insider.Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail cadang Wisma Putra tarik balik imuniti Muhammad Rizalman Ismail untuk dibicara sebagai orang biasa di New Zealand. Gambar fail The Malaysian Insider.Kementerian Luar dicadangkan menarik balik imuniti diplomat Malaysia ke New Zealand, Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail, kerana keistimewaan itu hanya dikhaskan untuk beliau menjalankan tugasnya di Kedutaan Malaysia di luar negara.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, pihaknya menghantar surat kepada Wisma Putra memaklumkan perkara itu kerana Rizalman kini didakwa atas kesalahan jenayah yang melibatkan mangsa warga New Zealand.
"Saya sudah siapkan surat untuk Menteri Luar (Datuk Seri Anifah Aman) tandatangan dan menarik balik imuniti dia (Rizalman).
"(Rizalman) tidak boleh (gunakan imuniti)... Imuniti hanya untuk tugas, bukan kes jenayah, lebih-lebih lagi melibatkan mangsa," katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, New Zealand dan Malaysia berbincang secara baik berkenaan kes tersebut, malah negara itu juga mahu Rizalman mempunyai pasukan peguam bela yang mencukupi sebelum dihantar semula ke Wellington untuk didakwa.
Wisma Putra dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, Putrajaya dan Wellington sedang berbincang berkenaan prosedur perundangan yang diperlukan bagi membolehkan ia dilakukan mengikut undang-undang antarabangsa dan domestik.
"Kerajaan Malaysia dan New Zealand komited memastikan urusan pemindahan Rizalman kepada pihak berkuasa New Zealand dilakukan dengan tertib, lancar, menurut proses perundangan dan menghormati hak asasinya,” kata Wisma Putra.
Akhbar New Zealand Herald pada Ahad mempersoalkan bila kerajaan Malaysia akan menyerahkan Rizalman kepada negara itu untuk diadili selepas menghadapi dakwaan melakukan serangan seksual cubaan merogol terhadap Tania Billingsley, 21, di kediamannya pada Mei lalu.
Rizalman pulang ke Malaysia atas imuniti diplomatik walaupun dia ditahan atas cubaan merompak dan merogol. Dia didakwa di mahkamah pada 10 Mei.
Gani bagaimanapun berkata, Malaysia akan menghantar peguam dari Malaysia sebagai penasihat ketika pendakwaan terhadapnya dilakukan.
"Saya tidak boleh melantik peguam di sana (New Zealand), kita suruh Rizalman pilih dan lantik sendiri. New Zealand juga mahu dia mempunyai peguam bela yang mencukupi dan diberikan haknya sebelum dihantar ke sana," kata Gani.
Beliau turut menyokong tindakan Wisma Putra yang ingin menghantar kembali Rizalman ke New Zealand untuk didakwa.
"Saya akan jadi orang pertama yang akan minta dia dihantar balik ke New Zealand,” katanya.
Rizalman sepatutnya dihantar pulang pada 16 Julai lalu, namun Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata tarikhnya masih belum diputuskan kerana keadaan kesihatan mental dan emosinya masih dalam pemerhatian.
Penghantaran pulang Rizalman terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu selepas doktor mengarahkan dua ujian psikologi dilakukan terhadapnya kerana diplomat itu kelihatan mengalami masalah mental dan kemurungan.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.