`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, August 21, 2014

[VIDEO] Ribut Dasyat Sebabkan Bumbung-bumbung Rumah Berterbangan


Menggigil lihat bumbung rumah terbang 

Sungai Siput: “Sebaik saja melihat bumbung di bahagian depan rumah diterbangkan angin badan saya tiba-tiba menggigil lalu cuba menyelamatkan diri di kawasan lapang dan selamat,” kata Jamaliah Basri, 33, penduduk Kampung Sentosa di sini, salah seorang daripada mangsa ribut minggu lepas. 

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, hampir 40 rumah di sekitar kampung berkenaan mengalami kerosakan selepas hujan lebat disusuli ribut menyebabkan atap beberapa rumah di kawasan itu terbang, malah bumbung sekolah juga mengalami kerosakan.

Menurut Jamaliah, ketika kejadian dia bersama dua anak perempuannya berusia 15 tahun dan seorang lagi yang berusia tiga tahun berada di bilik tidur sebelum bertindak menyelamatkan diri ke rumah jiran kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku.

“Secara tiba-tiba, angin kuat datang, habis atap rumah saya terbang. Ketika itu saya berasa amat takut sehingga menggigil badan.Bila saya pergi ke rumah jiran, baru rasa ada kekuatan sikit dan tidak lagi begitu takut “Apabila keadaan sudah reda, saya kembali ke rumah dan lihat keadaan rumah agak teruk. Hampir semua peralatan elektrik basah dan tilam serta kerusi juga basah,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini semalam.

Katanya, pakaian dan buku sekolah anaknya turut mengalami kerosakan akibat kejadian itu.

Sementara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hashim, 40-an, berkata, kejadian itu menyebabkan bumbung dan dinding rumah turut mengalami kerosakan akibat ribut.

Menurutnya, beberapa batang pokok besar yang berada berhampiran kawasan kampung juga tumbang dalam kejadian itu.



Berikut ini dipaparkan sebuah video kejadian ribut yang menerbangkan bumbung rumah berterbangan. Tidak diketahui di mana kejadian ini berlaku, mungkin tiada kena mengena dengan berita di atas.

Namun ia cukup menginsafkan kita, dimana tiada siapa dapat menahan kekuasaan Allah.

Ia hanya sekelumit, mungkin tidak sampai 1% daripada peristiwa yang bakal dan pasti terjadi ..... seperti yang dikisahkian di dalam Al-Quran.

Apakah mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami)". Surah - Al an'am 158.

video ikhsan fb sukan star tv 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.