`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, September 15, 2014

Ada pelajar sekolah rendah tak hormat undang-undang negara


Kecil-kecil lagi, ada di kalangan ibu bapa yang melatih anak-anak mereka tidak menghormati undang-undang negara. Sekarang ialah musim cuti sekolah, saya harap ibu bapa mengawasi pergerakan anak masing-masing.

Jangan biarkan anak-anak kita yang tiada lesen, membawa motosikal. Saya perhatikan membawa motosikal oleh anak-anak sekolah rendah sudah menjadi kebiasaan sekarang di seluruh Malaysia.

Tengahari tadi (15 Sep 2014) saya perhatikan gelagat dua orang budak-budak ini di simpang lampu isyarat Taman Dahlia-Kobena di Senawang, sudah lah bawah umur, tidak memakai topi keledar. Memang ada budak-budak sekarang sudah tidak hormat lagi undang-undang negara, dan seolah-olah mereka mencabar pihak polis dan JPJ.

Harap ibu bapa yang berkenaan ambil berat, sesal dahulu tiada gunanya.

Harap juga pihak polis mengambil berat isu ini, terutamanya di kalangan anak-anak anggota polis sendiri jika ada.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.