`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, September 12, 2014

ADAKAH INI BUKTI KENTAL BAHAWA SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA DIBAWAH PEMERINTAHAN UMNO/BN LEBIH BAIK BERBANDING NEGARA-NEGARA MAJU???????



KUALA LUMPUR 31hb Mac 2012 : Generasi muda negara ini mendapat pendidikan yang lebih baik berbanding pelajar di Amerika Syarikat, Britain dan Jerman, menurut Laporan Daya Saing Global 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada segi kualiti pendidikan, Malaysia di tangga ke-14 keseluruhan dan di tempat kedua selepas Singapura dalam kalangan negara Asean.


"Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan kita. Sudah pasti kejayaan ini adalah hasil usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dan rakyat dalam meningkatkan kualiti pendidikan, kualiti modal insan dan daya saing negara.


"Saya yakin dan percaya dengan adanya usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dan kualiti modal insan yang dilahirkan, kita akan dapat meningkatkan lagi kedudukan negara kita dalam indeks daya saing global pada masa akan datang," katanya ketika berucap pada majis penutup Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Sabtu.




KUALA LUMPUR 10 Sept 2014. - Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan mengumumkan kertas Sains 018, 028 dan 038 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan esok didapati bocor dan peperiksaannya ditangguhkan.

Dalam satu kenyataan Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan di sini hari ini memberitahu, peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas itu ditangguhkan ke 30 September ini.

Kertas Sains 018 adalah untuk sekolah kebangsaan manakala sekolah jenis kebangsaan Cina (028) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (038).

Menurut kenyataan itu, berdasarkan siasatan awal pihak lembaga, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

"Sehubungan itu, Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," kata kenyataan itu.


PUTRAJAYA 11 Sept 2014. - Seramai 473,175 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 kerana terdapat laporan berlaku kebocoran pada kertas soalan ujian tersebut.

Perkara ini diumumkan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, sebentar tadi. -UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.