`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, September 16, 2014

Anak Nik Aziz kritik timbalan presiden PAS

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata gesaan Mohamad Sabu seolah-olah mahu PAS membuka (pecat) baju. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 September, 2014. Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata gesaan Mohamad Sabu seolah-olah mahu PAS membuka (pecat) baju. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 September, 2014. 
Nik Abduh Nik Aziz mencurigai gesaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang mahu kumpulan ulama dalam parti Islam itu "mereformasi" dan "menaik taraf" supaya kekal relevan.
Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu berkata gesaan Mohamad seolah-olah mahu PAS membuka (pecat) baju.
"Ada desakan supaya PAS maju ke depan. Kenyataan beliau (Mat Sabu) pada saya seolah-olah menyuruh PAS pecat (buka) baju sedangkan kita ini kalau hendak suruh nampak menarik tidak perlu pecat baju, kita kena basuh baju," kata anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu seperti dilaporkan portal Malaysiakini hari ini.‎
"Jadi saya fikir macam ada sesuatu yang tidak kena," katanya.
Beliau bagaimanapun menghormati pandangan Mohamad tetapi enggan mengulas lanjut.
"Tetapi saya tidak fikir lagi untuk megulas panjang. Saya hormati kenyataan dia sebagai timbalan (presiden)," katanya.
Beliau juga mengakui PAS sekarang berada dalam krisis dan sedang berusaha menanganinya.
""Ya... ya. PAS sekarang dalam krisis. Cuma sekarang ini ialah kita hendak tangani krisis itu dengan PAS," katanya.
PAS berdepan dalam krisis dalaman selepas berbeza pendapat dalam isu menteri besar Selangor, ia semakin meruncing menjelang Muktamar Tahunan PAS yang akan berlangsung bulan ini.
Nik Abduh sebelum ini lantang mengkritik Mohamad melalui laman Facebooknya dan langsung tidak menghormati timbalan presiden PAS itu.
Kem ulama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dilihat mengeluarkan kenyataan berbeza pendirian dengan dua parti Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP.
Dalam perkembangan terbaru, sekumpulan ahli PAS menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang dikatakan menjadi pentas kepada kumpulan progresif dalam PAS menyuarakan pandangan yang selari dengan pendirian Pakatan.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.