`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, September 8, 2014

BENARKAH PEMBERIAN BRIM AKAN DI HENTIKAN MULAI BAJET 2015 SEBAB PENDAPATAN SEISI RUMAH DINEGARA INI SUDAH MELEPASI RM5,900?????



Angka awal Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang dijalankan kerajaan menunjukkan taraf hidup rakyat negara ini meningkat dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, ia pencapaian ketara berbanding hasil kajian pada 2012 yang merekodkan purata pendapatan isi rumah RM5,000 sebulan.

“Daripada segi meningkatkan ekonomi, kita sudah berjaya dan dibuktikan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus pada separuh pertama tahun ini.

“Namun, perkembangan ekonomi semata-mata tidak mencukupi kerana kita juga mesti memastikan ia dapat dirasai rakyat, daripada segi gaji yang lebih tinggi yang mesti selari dengan produktiviti,” katanya pada sidang media di luar acara Simposium Ekonomi Global 2014 di sini, semalam.

Nisbah gaji kepada KDNK di Malaysia berkembang 33.6 peratus tahun lalu berbanding 29.3 peratus pada 2008.

Menyentuh mengenai Rancangan Malaysia ke-11, Abdul Wahid berkata, kerajaan kini berada pada kedudukan yang baik untuk membentangkan rancangan pembangunan itu di Parlimen Mei tahun depan berikutan penyelesaian pelarasan awal dengan 12 kerajaan negeri.

“Hanya tinggal Sabah. Saya akan menemui Ketua Menteri dan kabinet negeri minggu depan,” katanya.

Simposium tiga hari bermula Sabtu itu dianjurkan Kiel Institute for the World Economy dan dihoskan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Simposium sebelum ini berlangsung di Istanbul, Turki dan Rio de Janeiro, Brazil dan pertama kali berlangsung di Malaysia. -BERNAMA


ULASAN OMAK KAU:--
Apakah ini satu signal jelas yang BRIM 3.0 tidak akan diberikan lagi sebab rakyat sesisi rumah sudah berpendapatan melebehi paras kelayakkan RM3,000??????? ..Pendapatan rakyat sudah dianggap dua kali ganda dari paras kelayakan????

Jadi tiada lagi miskin tegar bandar dan luar bandar?????? .. Sudah sewajarnya tiada lagi istilah gelandangan dalam negara kita kalau di ikut hukum akal logik pendapat menteri ini.
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, berkata sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014 ini, kerajaan akan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion yang dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 7.9 juta penerima.

BR1M mula diperkenal pada 2012, yang memberi manfaat kepada golongan berpendapatan rendah, dengan memberi bantuan tunai sebanyak RM500 kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Pada tahun lepas, BRIM 2.0 diteruskan dan diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.