`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, September 15, 2014

Hadi Perlu Disingkir - Ahli PAS



Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) Phahrolrazi Mat Zawawi mengakui terdapat suara yang mahu Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang disingkirkan dalam pertemuan NGO itu pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu.
Bagaimanapun, katanya, ia pandangan peribadi anggota PAS tertentu dan bukan pendirian rasmi PASMA.

“Saya tidak nafikan isu ini dibangkitkan oleh peserta.

“Ketika berucap, pelbagai cadangan dan kritikan dibangkitkan kerana PasMa adalah platform untuk penyokong Pakatan Rakyat menyuarakan pandangan dan kritikan mereka.

“Tetapi kita tidak membuat sebarang pendirian,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau merujuk kepada dakwaan anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan bahawa PasMa bertujuan menjatuhkan kepimpinan Hadi.

Menulis di laman Facebook semalam, anggota parlimen Temerloh itu mendakwa, pertemuan PasMa pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu menunjukkan perancangan sebenarnya mahu menukar presiden.
-malaysiakini-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.