`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, September 8, 2014

JPJ DAH TAK DAK KERJA KA?


DEY MACHA!!!
JPJ DAH TAK DAK KERJA KA?
NO PLAT NI BUKAN PENYEBAB KEMALANGAN
SELAGI BOLEH BACA TU KIRA OK LA
LEBIH BAIK HANGPA BUAT OPERASI LAMPU BELAKANG LORI
BANYAK LORI JALAN MALAM TAKDAK LAMPU BELAKANG
ADA YANG LAMPU BELAKANG CIPUT JE
LAMPU KANCIL LAGI BESAQ DARI LAMPU LORI
KAH! KAH! KAH!



PELIK BETOI AGENSI PENGUATKUASA KAT MALAYSIA NI
BENDA YANG TERANG-TERANG BOLEH MEMBAHAYAKAN
TAK MAU BERSUNGGUH PULAK BUAT OPERASI
CONTOHNYA BAS EKSPRES YANG LEBIH HADLAJU
BERSEPAH KALAU KITA BAWA KERETA MALAM-MALAM KAT HIGHWAY
YANG TU PATUT JPJ PULUN CARI
INI NOMBOR PLAT TAK IKUT SPEC YANG DEPA DOK PULUN
KAH! KAH! KAH!

Operasi nombor pendaftaran, 'strobe light' 1 Okt

IPOH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas Nombor Pendaftaran dan penggunaan 'strobe light' pada kenderaan di seluruh negara secara berperingkat mulai 1 Oktober depan. 

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata operasi pada peringkat pertama itu akan bermula selama sebulan sementara peringkat kedua akan bermula pada 1 November.

"Operasi itu akan melibatkan anggota penguatkuasa dari seluruh negara serta mendapat kerjasama polis," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Beliau berkata bagi peringkat pertama JPJ akan mengeluarkan notis amaran, peringatan dan nasihat kepada pengguna jalan raya serta cara penggunaan nombor plat yang betul.

Katanya sepanjang operasi peringkat pertama, anggotanya akan mengedarkan risalah spesifikasi nombor pendaftaran kenderaan yang telah ditetapkan di bawah kaedah 6 Kaedah-kaedah kenderaan Motor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.

Ismail berkata pemeriksaan melalui sekatan jalan raya dan rondaan oleh anggota JPJ pada peringkat pertama tidak akan dikenakan saman kepada pengguna jalan raya yang melanggar peraturan. 

"Mereka akan diberikan surat peringatan supaya nombor pendaftaran yang dipamer ditukar kepada nombor pendaftaran yang mengikut peraturan," katanya. 

Bagaimanapun mulai 1 November, pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM300.

JPJ juga akan meminta pemilik kenderaan melucut 'strobe light' dari kenderaan mereka.

Beliau berkata JPJ juga telah meningkatkan operasi penguatkuasaan khas bagi kenderaan barangan yang lebih muatan dan membawa barangan yang berbahaya dalam skala besar. - Bernama / SH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.