`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, September 12, 2014

LUHAM Terengganu Tidak Patuh (Wala) Kepada LUHAM Pusat (?)


Jawapan kepada kenyataan rakan2 bijaksana LUHAM TERENGGANU. 

Aku ucapkan terima kasih kpd rakan2 Luham Terengganu kerana telah menunjukkan kpd dunia bahawa kita peguam2 bukan pak turut... Kita peguam2 beramal & mengamalkan profesyen kita secara bebas tanpa memihak malah kita telah membuktikan bahawa kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. 

Jika semua peguam bersetuju dengan satu pandangan dlm perundangan maka bagi aku, tidak akan ada peguam plaintif dan peguam defendan kerana semua peguam berfikiran yg sama.

Atas dasar bersetuju untuk tidak bersetuju maka izinkan aku untuk menjawap hujah rakan2 bijaksana dari Luham Terengganu.

Pertama, Luham Pusat dlm kenyatannya tidak pernah pd bila2 masa menafikan bhw MSU adalah satu2nya badan di dalam PAS yg diberikuasa mentafsir, menghurai & menjelaskan peruntukkan Perlembagaan. Itu amat jelas.

Luham Pusat tidak pernah menafikan.

Kedua, Luham Pusat tidak mengambil tugas MSU mentafsirkan Perlembagaan. Luham Pusat hanya memberikan pandangan atas kapasiti sebagai badan yg ditubuhkan untuk menasihati badan2 di dlm PAS dari sudut undang2. Menasihati bukan mentafsir. Hal yang sama berlaku di dalam Mahkamah selama kita (peguam) bertindak bg pihak anak guam di mahkamah. Kita bkn mentafsir undang2 tetapi kita membantu Mahkamah mentafsir undang2 kerana kuasa mentafsir undang2 dan membuat keputusan ialah Mahkamah bukan peguam. Jadi Luham telah bertindak sebagai penasihat kpd MSU dr sudut undang2. Sebenarnya Luham bkn sekadar menasihati MSU tetapi lebih dr itu Luham menasihati PAS. Itu lah tujuan Luham diwujudkan iaitu sebagai badan penasihat undang2 PAS.

Ketiga, jika rakan2 bijaksana Luham Terengganu berpendapat bhw Luham Pusat tlh melangkaui Perlembagaan mentafsirkan Perlembagaan, maka aku juga mengatakan kenyataan Luham Terengganu juga melanggar Perlembagaan krn Luham Terengganu juga mentafsir Perlembagaan sedangkan hanya MSU berhak mentafsirkan Perlembagaan.

Bagaimana boleh Luham Terengganu menghuraikan peruntukkan2 Perlembagaan dlm mempertahankan tindakan MSU sedangkan Luham Terengganu tiada kuasa mentafsir dan menghurai seperti mana Luham Terengganu mengatakan Luham Pusat tiada kuasa?

Jika rakan2 bijaksana Luham Terengganu mempertahankan kenyataan mereka maka Luham Pusat juga mempunyai hak yang sama malah jika mengikut hierarki, Luham Pusat lebih berotoriti berbanding Luham Negeri sepertimana PAS Pusat lebih berotoriti berbanding PAS Negeri.

Akhirnya, terima kasih rakan2 bijaksana Luham Terengganu kerana mengesahkan secara tidak langsung bhw Luham Pusat berotoriti menasihati dlm hal undang-undang.

Jawapan ini aku kapasiti peribadi bkn atas arahan atau bagi pihak Luham Pusat.

Zulhazmi Shariff
11/09/2014


LUHAM Terengganu pertahan Hadi Awang
KENYATAAN RASMI LUJNAH UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (LUHAM) PAS NEGERI TERENGGANU BERHUBUNG PENAFSIRAN PERLEMBAGAAN PAS
Kami menyatakan pendirian bahawa kami tidak bersetuju dengan Kenyataan Rasmi LUHAM Pas Pusat yang dibuat pada 9hb September, 2014.

Kami ingin menegaskan bahawa Wakil dari LUHAM Pas Terengganu tidak dipanggil untuk menghadiri mesyuarat pada 8 September 2014 dan oleh itu pendapat LUHAM Pas Pusat tersebut tidak mewakili semua anggota jawatankuasa LUHAM di peringkat negeri-negeri.

Berhubung dengan penafsiran undang-undang oleh Majlis Syura Ulama’, kami berpendapat bahawa LUHAM Pusat tidak diberikuasa oleh Perlembagaan PAS untuk membuat tafsiran undang-undang berkenaan dengan Perlembagaan PAS atas hujah-hujah berikut:

PAS adalah sebuah parti politik yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangannya. Fasal 3 Perlembagaan PAS menyebut :

“Dasar PAS adalah ISLAM” memandangkan PAS adalah sebuah Parti Politik yang menjadikan ISLAM sebagai dasarnya Fasal 7 (1) memperuntukkan :

Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS adalah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMA’ ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan PAS.

Fasal ini menjadikan sumber Hukum Syariah Islam sebagai Hukum tertinggi di dalam parti bahkan Muktamar Agong PAS pun adalah terikat dengan sumber hukum Syariah ini.

Perlembagaan ini bukannya undang-undang tertinggi di dalam parti yang mengatasi Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagaimana perlembagaan Negara Malaysia dan Perlembagaan mana-mana parti lain.

Bagi memastikan halatuju PAS sentiasa berada pada landasan Islam, Majlis Syura Ulama ditubuhkan sebagai badan pemandu yang memandu muktamar, dan badan-badan yang ditubuhkan dibawah perlembagaan ini agar sentiasa berada di bawah dasar ISLAM.

Fasal 8 (1) menyebut :

“Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukkan dalam fasal 7 (2) di atas (MuktamarTahunan) dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini tidak terkeluar dari kehendak-kehendak yang diperuntukkan di bawah fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang di peruntukkan di bawah fasal 3 Perlembagaan ini, maka, hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan “Majlis Syura Ulamak” dan diberi kepadanya kuasa-kuasa berikut :

Menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.

Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memilhara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.

Peruntukan ini memberi kuasa kpd MSU menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS (ISLAM) serta peruntukkan-peruntukan perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran. Oleh itu MSU dibawah perlembagaan PAS bertindak sebagai penjaga dasar dan perlembagaan “The guardian of ISLAM and the Constitution” yang membolehkannya mengatasi keputusan mana-mana badan dalam PAS hatta keputusan Muktamar sekalipun sekiranya keputusan tersebut menyalahi dasar PAS (ISLAM) dan tidak selari dengan Sumber-Sumber Syariah Islam (Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas).

Oleh itu peranan MSU adalah sebagai badan pemandu “supervisory body” kepada kesemua organisasi di dalam PAS dan bukannya sebagai badan yang dirujuk “Referral body” semata-mata.

MSU dibawah peruntukkan 8 (1) (b) boleh mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan ini termasuklah Jawatankuasa PAS PUSAT.

Berdasarkan Peruntukan fasal 8 (1) tersebut, adalah jelas niat penggubal perlembagaan ini untuk menjadikan Majlis Syura Ulama’ sebagai badan yang menjadi penjaga kepada dasar islam dan perlembagaan PAS agar keputusan, tindakan dan perbuatan badan-badan di dalam PAS tidak keluar dari dasar Islam.

Majlis Syura Ulama’ di beri kuasa tambahan di bawah fasal 88 (2) seperti berikut:

“Majlis Syura ‘Ulamak adalah berkuasa membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukan dalam Perlembagaan ini dengan syarat keputusan tersebut tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS seperti yang termaktud dalam Perlembagaan ini dan tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar.”

Fasal 88 (1) pada pandangan kami tidak menghadkan kuasa MSU sebagai badan yang membuat keputusan apabila dirujuk semata-mata kerana peruntukan tersebut pada pandangan kami tidak boleh dibaca bersama dengan peruntukan 8 (1) sebelum ini. Fasal 88 (1) menyebut :

“Segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dan pendapat di atas tafsiran perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang dibuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam perlembagaan ini hendaklah dirujuk di dalam Majlis Syura ‘Ulamak dan sebarang keputusannya adalah muktamad, jika tidak diubah oleh Muktamar.

Di bawah kedua-dua peruntukan ini ada 3 perkara yang perlu kepada tafsiran oleh Majlis Syura :

Dasar PAS (ISLAM). Ini disebut di dalam fasal 8 (1) (a) tetapi tidak disebut di dalam fasal 88 (1). Perlembagaan PAS. Ini disebut di dalam kedua-dua fasal tersebut.

Aturan dan Peraturan yang dibuat mengikut kuasa-kuasa Perlembagaan ini. Ini tidak disebut di dalam fasal 8 tetapi disebut di dalam fasal 88.

Justeru itu kedua-dua fasa adalah berbeza, jika kita katakan bahawa Majlis Syura hanya boleh membuat tafsiran terhadap perlembagaan sekiranya dirujuk, bagaimana pula tafsiran mengenai dasar PAS, adakah ia juga memerlukan rujukan.

Apatah lagi Fasal 88 tersebut langsung tidak merujuk kepada fasal 8 bagi membolehkan kedua-duanya dibaca bersama.

Justeru itu, kami berpendapat bahawa MSU di bawah fasal 8(1) mempunyai kuasa untuk menafsirkan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan PAS yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya sama ada setelah dirujuk atau tanpa dirujuk. Ini selari dengan tujuan penubuhannya sebagai penjaga dasar Islam dan Perlembagaan ini.

Tiada badan lain di dalam PAS yang diberikan kuasa untuk menghuraikan Dasar, Perlembagaan, Aturan dan Peraturan di dalam PAS memandangkan rujukan utama bagi penafsiran tersebut haruslah bersandarkan kepada sumber hukum Islam iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagaimana peruntukan fasal 7 (1) yang dirujuk sebelum ini.

Badan lain seperti LUHAM bolehlah dipanggil untuk memberi pendapat tetapi akhirnya hanya keputusan MSU sahaja yang mengikat parti mengikut Perlembagaan.

Kami juga berpendapat bahawa fasal 26 (1) (a) adalah bersifat umum dan memerlukan perincian bagi memastikan Presiden dapat memainkan peranannya sebagai Ketua pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS. Fasal 26 (1) (a) menyebut :

“Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan ini mengikut dasar yang diperuntukkannya dan yang diputuskan oleh mana-mana badan yang diberi kuasa oleh Perlembagaan ini bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan mengenainya.”

Kami juga berpendapat bahawa tindakan MSU yang membuat keputusan berkait dengan perlantikan Menteri Besar Selangor adalah selari dengan kuasanya yang diberikan di bawah peruntukan fasal 8 (1) (b) ataupun peruntukan fasal 88 (2) yang dirujuk sebelum ini dan keputusan tersebut haruslah dihormati dan dipatuhi mengikut Perlembagaan PAS.

Sekian, Terimakasih

MOHD SAIFUDIN OTHMAN
(Pengerusi LUHAM PAS Negeri Terengganu)

FATHI ‘AZIZ BIN ABU BAKAR
(Pengerusi JUHAM Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu.


ULASAN GB

Apa yang jelas kini LUHAM Terengganu tidak akur/tidak patuh/tidak wala kepada LUHAM Pusat.

LUHAM Terengganu berpendapat MSU mempunyai kuasa untuk menafsirkan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan PAS dan tiada badan lain di dalam PAS yang diberikan kuasa untuk menghuraikan Dasar, Perlembagaan, Aturan dan Peraturan di dalam PAS memandangkan rujukan utama bagi penafsiran tersebut haruslah bersandarkan kepada sumber hukum Islam iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas.

LUHAM Pusat sebelum ini menyatkan:

Dengan tidak menafikan kewujudan kuasa MSU bagi menghurai, menjelas dan menafsirkan mana mana peruntukan Perlembagaan PAS jika timbulnya kesamaran, LUHAM juga berpendapat menjadi satu keperluan juga bagi MSU benar-benar mengetahui dan memahami kaedah-kaedah penafsiran sesuatu Perlembagan supaya apa-apa tafsiran yang diberikan adalah lebih tepat, munasabah dan memenuhi ruh, matan dan niat perlembagaan itu sendiri.

LUHAM berpendapat tidak salah bagi MSU sepatutnya merujuk kepada LUHAM bagi membantu MSU dalam melaksanakan kuasa yang diberi kepadanya untuk menghurai, menjelas dan menafsir peruntukan dalam Perlembagaan PASkerana LUHAM adalah lajnah yang telah diamanahkan oleh parti di dalam apa-apa urusan perundangan dan berdasarkan amalan yang berlaku di dalam PAS, segala persoalan undang-undang yang melibatkan parti termasuk dalam memahami peruntukan undang-undang termasuk Perlembagaan parti rujukan lazimnya diajukan kepada LUHAM terlebih dahulu.

Bagi GB jika MSU berkuasa penuh untuk menghurai, menjelas dan menafsirkan mana mana peruntukan Perlembagaan PAS, maka perlu apa lagi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia?

Sememangnya penafsiran haruslah bersandarkan kepada sumber hukum Islam iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas dan MSU lebih arif mengenainya, namun di dalam bab-bab pengurusan organisasi seperti kuasa presiden, kuasa MSU dan sebagianya, bukankah sepatutnya LUHAM yang lebih layak?

Jika kesemuanya hanya ditangan beberapa orang MSU (yang semua orang tahu MSU yang sekarang ini tempang dari sudut keanggotaan dan peranannya) boleh MSU misalnya uruskan sendiri kes-kes mahkamah yang melibat parti dan para pemimpinnya kerana konon hanya MSU yang pandai menghurai dan mentafsir Perlembagaan?

Katakanlah benar MSU berhak untuk mentafsir Perlembagaan kerana Dasar PAS ialah Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas, bolehkah disebutkan hujjah berdasarkan keempat-empat itu (Al-Quran, Hadith, Ijma dan Qias)mengenai kuasa veto Presiden yang menurutnya ada Kata Pemutus?

Pembelaan LUHAM Terengganu terhadap Presiden PAS lebih dilihat kepada aspek kenegerian, bukan aspek kebenaran dan keadilan.

Itu sebab mengapa berkali-kali GB minta supaya MSU itu sendiri dirombak dan diperkasakan semula. Petikan:

Petikan:

Nampaknya Muktamar PAS akan datang perlu membincangkan semula Perlembagaan Parti khususnya berkaitan dengan peranan dan keanggotaan ahli Majlis Syura Ulamak. Ia perlukan penilaian, penelitian dan pemerkasaan semula supaya tidak lagi menjadi alat sekumpulan tertentu di dalam parti/jemaah bagi mencapai matlamat tertentu. Boleh dirujuk semula entri-enteri berikut di blog ini:

Wala' Tidak Sama Dengan Taksub
"Muktamar" Adalah Kekuasaan Paling Tinggi Dalam PAS

Dan GB telah pertegaskan, bahawa:

SELAGI MAJLIS SYURA ULAMA TIDAK DIPERBETULKAN SELAGI ITU JANGAN ADA MANA-MANA PIMPINAN MEMAKSA WALA DARI PARA AHLI KERANA TANPA MSU YANG BETUL, MAKA CIRI SESEBUAH JEMAAH ISLAM BELUM DIPENUHI DAN LANTARAN ITU TIADA PERSOALAN "WALA" BOLEH DITUNTUT DAN DITIMBULKAN.

Dengan sebab itu juga GB rasa LUHAM Terengganu tidak wala kepada LUHAM Pusat, LUHAM Pusat pertikaikan MSU adalah semuanya kerana MSU pada ketika ini cacat dan tempang!

Jika nak suruh ahli wala kepada kepimpinan parti, pastikan dulu LUHAM Terengganu wala kepada LUHAM PUsat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.