`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 10, 2014

LULUH HATI MAK AYAH LIHAT ANAK GADIS BUAT MAKSIAT DALAM RUMAH SENDIRI



Luluh hati sepasang suami isteri apabila melihat perlakuan terkutuk anak gadis memadu asmara dengan teman lelaki di rumah mereka di sebuah tanah rancangan FELDA dekat Gemencheh, di sini, hujung bulan lalu.

Difahamkan, dalam kejadian 10 malam, 31 Ogos itu, suami isteri terbabit berada di rumah, namun tidak menyedari kehadiran seorang lelaki di dalam bilik anak perempuan mereka.

Pasangan suami isteri berusia 40-an itu hanya sedar perbuatan terkutuk anak mereka yang berusia 15 tahun dan teman lelakinya berumur 19 tahun selepas diberitahu beberapa penduduk kampung.

Menurut sumber, penduduk kampung yang melihat motosikal berhampiran rumah berkenaan memaklumkan kepada keluarga terbabit selepas mengesyaki sesuatu tidak kena.

Katanya, sebaik diberitahu, ibu bapa segera memeriksa bilik anak mereka dan melihat pasangan ‘kekasih’ itu sedang melakukan hubungan seks.

“Dengan bantuan penduduk kampung, remaja lelaki itu ditahan dan diserahkan kepada polis.

Ibu bapa mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Gemencheh berhubung kejadian,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, siasatan mendapati mangsa baru berkenalan dengan suspek melalui Facebook (FB).

Beliau berkata, suspek direman tujuh hari dan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan,” katanya, semalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.