`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, September 17, 2014

MP DAP tengok wayang, kecam NegaraKu

Namun, pernyataan maaf Chong di sertai dengan komen bahawa beliau tetap berpendapat lagu NegaraKu tidak sesuai di mainkan di pawagam.
ChongDAP
KUALA LUMPUR : Anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen dari parti DAP malam tadi menarik balik serta membuat permohonan maaf atas kenyataan nya sebelum ini di laman Facebook nya yang mengecam lagu NegaraKu di mainkan di pawagam.
Namun, pernyataan maaf Chong di sertai dengan komen bahawa beliau tetap berpendapat lagu NegaraKu tidak sesuai di mainkan di pawagam.
Dalam posting nya beliau berkata, “I have made a comment about the playing of the national anthem in cinema. Though I feel that it is inappropriate to play the national anthem in a place of entertainment like cinema, but the words I used have been inappropriate. I hereby retract the posting and apologize for the comment made. I do not mean to demean our national anthem. In fact, my family and I stood when the National Anthem was played at the time.”
Pernyataan maaf Chong ini menuai reaksi negatif dengan lebih dari 700 komen yang mengecam beliau pada waktu pemberitaan.
Pengguna Facebook dengan ID Chiang Choon berkata, “Your status showed that you langsung tak tahu bertaubat. If that is the case, be a real man and there is no need for you to delete that status! Typical politicians. Cakap benda bodoh macam orang bodoh and then retract it! Very convenient eh!
Sebelum ini, Chong mengecam lagu NegaraKu dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dalam akaun Facebooknya dengan membuat kenyataan di statusnya, “Since when has this playing national anthem in cinema started? Is Malaysia heading towards the communist Mao era where everywhere you go you must shout out loud and show that you are a patriot?”
Bernama juga melaporkan, status itu dikongsi akaun Facebook Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang mendapat ratusan reaksi terkejut serta mengundang kemarahan pengguna laman sosial.
Antaranya, Amirul Azmi Anuar yang menulis “Time pilihan raya terhegeh-hegeh nak jadi ahli parlimen Malaysia. Tapi kenyataan yang dibuat hari ini langsung tidak menunjukkan beliau seorang warganegara Malaysia. Layak dibuang negara sahaja hanya sekadar beban pada Malaysia.”
Andry Augustine pula memberi komen “Are u Malaysian, Sir???? Even foreigner also stand when they listen to our national anthem,” manakala Syahirah Rosli menyatakan “Sorry, you are disqualified to earn my respect even you’re a politician.”
Rata-rata pengguna laman sosial mempersoal motif serta tujuan anggota Parlimen itu memuat naik status berkenaan dan meminta Chong dikenakan hukuman setimpal.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.