`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, September 13, 2014

Polis rampas komputer pemimpin PKR dalam siasatan Akta Hasutan

Pemimpin PKR Johor Hassan Karim (ketiga dari kanan) disiasat berkenaan dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Sultan Selangor. – Gambar fail, 13 September, 2014. Pemimpin PKR Johor Hassan Karim (ketiga dari kanan) disiasat berkenaan dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Sultan Selangor. – Gambar fail, 13 September, 2014. 
Pemimpin PKR Johor, Hassan Karim juga disiasat di bawah Akta Hasutan apabila lima anggota polis dari Shah Alam Selangor datang ke rumah beliau di Pontian, Johor tengahari semalam.
Menurut Hassan, polis yang diketuai ASP Faiziah merampas komputer riba serta telefon bimbit beliau dalam kunjungan itu.
"Saya hanya orang biasa yang tinggal di kampung dan saya tidak berniat angkuh tetapi saya tidak akan tunduk walaupun siasatan dibuat ke atas saya," kata Hassan kepada The Malaysian Insider.
Sebelum ini, peguam yang juga Naib Ketua PKR Johor itu dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam pada 29 Ogos lalu untuk disoal siasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Beliau disiasat berkenaan dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Sultan Selangor.
“Ia berkaitan pandangan saya berhubung constitution (perlembagaan), tentang isu menteri besar Selangor, dalam Twitter dan Facebook baru-baru ini,” katanya sebelum ini.
Hassan, seorang aktivis masyarakat merupakan seorang peguam dan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Siasatan ke atas Hassan adalah rentetan tindakan besar-besaran menggunakan Akta Hasutan sejak kebelakangan ini.
Pada 27 Ogos, Adun Pulau Pinang, R S N Rayer didakwa dengan dua dakwaan berasingan di bawah Akta Hasutan kerana kenyataan kontroversinya "celaka Umno" pada 20 Mei semasa sidang dewan undangan negeri Pulau Pinang.
Rayer juga didakwa kerana mengulang kenyataan "celaka" kepada hadirin semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor di Jalan Delima pada 22 Mei.
Turut didakwa menghasut adalah Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran (PKR), ahli Parlimen Shah Alam yang juga ahli Jawatankuasa Pusat PAS Khalid Samad.
Pada 2 September, profesor undang-undang Universiti Malaya Dr Azmi Sharom didakwa dengan hasutan berdasarkan kenyataan dalam artikelnya tentang krisis perlembagaan Perak yang dilaporkan dalam portal berita pada 14 Ogos.
Ahli politik Sabah David Orok didakwa di bawah akta yang sama pada 3 September kerana didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad di dalam Facebook dua bulan lalu.
Seorang pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussein mengaku tidak bersalah pada Rabu kerana membuat kenyataan berbaur hasutan yang menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam Facebook November tahun lepas.
Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh disaman sehingga RM5,000 atau dipenjarakan maksima tiga tahun, ataupun kedua-duanya.
Bagaimanapun, wakil rakyat berisiko kehilangan jawatan mereka jika mahkamah menjatuhkan hukuman RM2,000 atau lebih, ataupun tempoh penjara sekurang-kurangnya setahun.
Semalam, peguam hak asasi manusia Edmund Bon berkata dia juga sedang disiasat atas kenyataan yang dibuatnya dalam artikel pada Januari.
Ditanya jika patut bagi pendakwaraya mendakwa seseorang lama selepas kesalahan dilakukan, Talib berkata, "Tiada tempoh masa yang mengikat bagi sesuatu jenayah yang dilakukan, tetapi ia tidak digalakkan untuk mendakwa melainkan terdapat bukti yang amat kukuh."
Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menghadapi dakwaan memfitnah kerana membuat kenyataan menghina tentang Datuk Seri Najib Razak dan pasukan pertahanan negara pada April 2012.
Nizar didakwa di Mahkamah Sesyen di Ipoh pada 25 Ogos.
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.