`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, September 10, 2014

Raja Mutlak, Raja Berpelembagaan, Penghinaan bangsa Melayu



Saya masih tidak jemu mengulangi apa yang pernah dikatakan oleh Pendita Zaaba. Kita hendaklah melawan cubaan untuk mengembalikan zaman raja mutlak. Kerana pada pandangan Zaaba, system raja mutlak lah antara penyebab utama yang memiskinkan orang Melayu.

Jadi saya naik heran mengapa puak UMNO menyokong sangat pengembalian raja yang perintah secara mutlak. Asal orang tidak bersetuju dengan Raja, maka orang itu durhaka. Durhaka tidak ada keududukan dalam undang2 Maalysia; ia nya bukan satu jinayah. Durhaka bukan konsep yang releven lagi dalam system raja berpelembagaan.

Kita hendak merdeka dari fiudalism yang menghambakan orang Melayu, mereka mahu menghambakan orang Melayu. Jawapan nya ialah UMNO mahu berselindung dibawah slogan mempertahankan insttusi Raja Melayu untuk mengekalkan sokongan bangsa Melayu.

Tapi tidak ada orang pun berani mencabar insitusi Raja Melayu. Tidak ada orang mencadangkan penghapusan raja Melayu. Apatah lagi bangsa bukan Melayu atau parti politik seperti DAP. Nak mampus?

Orang Melayu ada polis, ada askar Melayu diRaja, ada tentera, ada jentera kerajaan, ada badan tidak berdaftar seperti Pekida, 3 Line  dan sebagainya untuk mempertahankan Raja2 Melayu. Maka mustahillah bangsa lain berani menggugat kedudukan Raja2 Melayu.

Tapi dikalangan pendukung demokrasi dan kuasa rakyat, tidak kira bangsa, kita menentang kuasa absolute atau mutlak- samaada dalam bentuk parti politik atau Raja mutlak. Bukankah kedudukan Raja2 Melayu sudah terjamin oleh perlembagaan negara ini? Jadi apa yang ribut dan goga serta gegak gempita kononnya, menghina Raja Melayu itu sama dengan menghina bangsa melayu?

Ini perbezaaan fundamental kita dengan UMNO. UMNO mahukan system feudal zaman dahulu kerana dibawah sistem yang demikian semua rakyat dianggap dungu dan pak pandir dan mengikut perintah secara membabi buta. 
Kalau anak bini diambik raja pun takpe. Benih raja itu bagus.

Pundek betul orang UMNO ini. Cakap besar mengenai Islam. Hari2 baca surah An-Nas tapi tak tahu maksud nya yang sebenar. Ostaz UMNO buat apa?

Surah 114 itu terang menyatakan: katakanlah: aku berlindung kepada Tuhannya manusia; Raja Manusia; Sembahan manusia; dari kejahatan setan yang bersembunyi; yang membisikkan kejahatan kedalam dada manusia; dari jin dan manusia.

Raja yang yang patut disembah ialah Tuhan sahaja. Bila mati nanti, raja2 Melayu pun sama diadili oleh Tuhan. Takde layanan special pun.

Sebab itu saya sudah katakakan, dalam system raja berpelembagaan, konsep durhaka itu tidak ada kesahihan undang undang. Ianya bukan suatu kesalahan jinayah. Tak dengar cakap Sultan- dia boleh sedih tapi takkan nak penggal kepala orang yang tidak mahu dengar cakap nya.

Ada matlaon kata- jangan cuba lari dari membicarakan isiu Selangor. Saya tak lari. Hanya saya ada kemampuan menulis mengenai banyak perkara sebab saya boleh. Kamu orang Melayu yang hanya suka ajak kelahi, kamu cakaplah mengenai isu Selangor sepuas hati. Cakap macam mana pun , saya tidak akan berganjak untuk setia kepada konsep raja berpelembagaan.

Adakah bersuara melawan suatu perkara yang memberi sakit kepada kita durhaka? Atau menghina Raja Melayu? Orang Melayu yang menyangka raja2 Melayu bodoh itulah yang menghina raja Melayu. Semua raja Melayu tahu mereka raja berpelembagaan- limited monarchy.

Ada satu mamat yang marah dan suruh saya pulangkan pingat kebesaran kerana saya durhaka kata nya. Saya hanya menyebut kembali apa yang Tunku Abdul Rahman kata dan DYMM Sultan Perak yang sekarang kata. Kala Raja2 Melayu tidak jaga perangai mereka, lama kelamaan kita hanya ada raja lekok dan raja kelawar.

Pendirian saya ialah. Saya hanya setia kepada raja berpelembagaan. Perlembagaan memberi kita hak dan kuasa, kita hendak buang? Raja Melayu tetap bertahkta, tapi mereka tidak perintah. Saya tidak akan sokong pemerintahan raja mutlak. Itu sahaja. Tapi saya akan mempertahankan raja perintah ikut perlembagaan.

Jadi suka tak suka, saya ulang kembali apa pendita zaaba kata. Peringatan semula ini perlu kerana kita pun tahu kebanyakan orang Melayu suka baca majallah mustika dimana didalamnya banyak cerita hantu dan komik gila2. Yang tidak memerlukan kelancaran berfikir otak yang dianugerahkan oleh Tuhan.

Dalam tahun 1927, Pendita Zaaba menulis:-

…bahawa keadaan kehidupan Melayu pada zaman kerajaan raja rajanya terdahulu daripada kedatangan British ini sangatlah dipenuhi oleh kesempitan, azab sengsara, dan kebuasan yang tiada di terderitakan, istimewa pada masa yang tiada berapa lama terdahulu daripada kedatangan yang tertib itu. Maka keadaan kehidupan yang demikan itulah yang telah di pusakai oleh anak2 Melayu sekarang dan ialah satu daripada perkara2 yang terutama sekali yang telah menjadi acuan menempa akan orang2 Melayu ini kepada rupa bentuknya atau keadaan nya yang ada pada hari ini dan menjadikan mereka waris kepada beberapa tabiat perangai dan kebiasaan yang lemah dan rendah yang telah menjadi lazim pada zaman nenek moyang dahulu kala itu…..

Apa yang British bawa? System pemerintahan demokrasi dan system dan peraturan berkerajaan.

Sejak dari itu, kita telah lama hidup dengan system berkerajaan demokratik yang mendaulatkan hak individu. Maka sekarang kita mesti melawan segala tendensi untuk memusatkan dan mengkonsentrasi kan kuasa dalam tangan segelintir oligarch yang ada.

Itu sebetulnya apa yang UMNO idamkan.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.