`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, September 16, 2014

Tiada protes semasa ucapan, perwakilan solat Asar, kata Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika berucap di Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor, hari ini. Beliau menafikan berlakunya sebarang insiden perwakilan meninggalkan muktamat hari ini sebagaimana didakwa sebuah portal berita. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 September, 2014.Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ketika berucap di Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor, hari ini. Beliau menafikan berlakunya sebarang insiden perwakilan meninggalkan muktamat hari ini sebagaimana didakwa sebuah portal berita. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 16 September, 2014.
Tiada insiden perwakilan Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor yang meninggalkan dewan ketika ucapan perasmian dimulakan, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Mohamad yang merasmikan muktamar di Dewan Chon Moi berkata, waktu itu adalah waktu solat Asar dan tidak timbul isu "penyokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan muktamar."
"Saya tidak nampak... memang waktu itu mereka keluar pergi sembahyang. Biasalah keluar masuk. Itu masuk waktu Asar," katanya kepada pemberita selepas selesai muktamar berkenaan hari ini.
Sebuah portal hari ini melaporkan seramai kurang 50 individu didakwa meninggalkan dewan dan mereka memakai vest tertera "Kami menyokong presiden dan ulama."
"Tidak, ini bukan tanda protes," kata Mohamad yang lebih selesa dengan panggilan Mat Sabu.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga tidak dapat memastikan perkara itu kerana beliau tidak melihatnya sendiri.
"Saya tidak dapat pastikan...saya rasa itu tidak sepatutnya berlaku.
"Macam mana pun kita akan mendengar laporan nanti daripada uktamar Pemuda," katanya.
“Saya tidak nampak dengan mata saya sendiri kerana saya berada di hadapan," katanya ketika ditemui pemberita.
MENYUSUL LAGI
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.