`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, September 1, 2014

UNTUNGNYA ANGGOTA PASUKAN PERONDA SUKARELA (PPS) ... SETIAP HARI DITAHAN, KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG BAYAR RM200 DAN PEGUAM DISEDIAKAN PERCUMA.



Kerajaan Pulau Pinang hari ini akan memutuskan untuk merehatkan semua anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) selepas kesemua 156 anggotanya ditahan polis semalam.

Dalam kenyataan media exco kerajaan negeri, kesemua anggota PPS akan direhatkan daripada sebarang aktiviti sehingga keputusan mahkamah dibuat tentang kesahihan PPS.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

"(Kerajaan negeri) memutuskan untuk merehatkan peserta-peserta PPS daripada semua aktiviti berkaitan di Pulau Pinang sehingga keputusan mahkamah dibuat tentang kesahihan PPS," kata kenyataan itu.

Mesyuarat itu juga memutuskan untuk menyediakan bantuan guaman dan kewangan untuk membantu 156 anggota PPS dan Exco kerajaan negeri Phee Boon Poh yang ditahan polis, untuk menghadapi proses perundangan mahkamah.

"Semua peserta PPS yang ditahan itu akan diberikan sumbangan RM200 setiap hari ditahan serta apa-apa kerugian munasabah yang dialami semasa dalam tahanan.

"Semua peguam yang perlu akan dilantik oleh pihak kerajaan negeri untuk membela mereka serta membuktikan kesahihan PPS," kata kenyataan itu.

Mesyuarat itu juga mendesak supaya kesemua 135 anggota PPS yang ditangkap oleh polis dibebaskan dengan segera dan tidak terus dianiayai dengan perintah reman, selepas 21 peserta PPS dibebaskan dengan jaminan polis pada awal pagi ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.