`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, September 1, 2014

Zahid, Kita Jumpa Di Mahkamah..



Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berikrar untuk membawa ke mahkamah sekiranya sebarang tindakan diambil terhadap kor sukarelawan Unit Amal PAS.

Suhaizan berkata demikian dalam reaksinya terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini berkata beliau "yakin" polis akan bertindak terhadap Unit Amal.

Ini berikutan penahanan 156 anggota Unit Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) semalam.

Ketika ditanya Malaysiakini apakah tindakan yang akan diambil sekiranya anggota Unit Amal PAS ditahan, Suhaizan (kiri) berkata: "Kita jumpa mereka di mahkamah".

Suhaizan menjelaskan bahawa  unit kebajikan itu ditubuhkan di bawah Pemuda PAS, di bawahsenarai aktiviti parti.

Oleh itu, katanya, beliau tidak faham mengapa tindakan hendak diambil terhadap Unit Amal tersebut.

Zahid telah dilaporkan berkata bahawa tindakan yang sama  yang diambil terhadap anggota PPS, juga akan diambil oleh pihak polis terhadap Unit Amal PAS.

"Tindakan yang sama akan diambil oleh pihak polis. Saya amat pasti mereka akan mengambil tindakan," Zahid memberitahu wartawan di Kuala Lumpur hari ini.

Menteri itu berkata demikian ketika ditanya mengenai perbezaan di antara PPS dan Unit Amal.

Unit Amal telah beroperasi selama beberapa dekad dan telah membantu mengawal orang ramai semasa protes parti pembangkang dan juga dalam acara-acara kemasyarakatan PAS.

Ditubuhkan pada tahun 1991, ia mempunyai kira-kira 3,000 anggota yang berusia lebih 18 tahun yang menerima latihan daripada pemimpin dalam kalangan sendiri, termasuk guru dan bekas tentera.

Sementara itu, Ketua Unit Amal, Juhari Othman berkata unit itu akan mengadakan mesyuarat sebelum menyatakan sebarang reaksi terhadap kenyataan Zahid itu. - mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.