`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, October 29, 2014

Gadis China Tawar Tubuh Jika...


SHANGHAI – Hanya kerana ingin perjalanannya ke seluruh China ditaja, seorang gadis berusia 19 tahun sanggup meniduri lelaki yang mahu membiayai perjalanannya itu.

Ju Peng, bagaimanapun menetapkan syarat hanya lelaki yang kacak, berusia bawah 30 tahun, tinggi melebihi 1.7 meter dan pastinya kaya, boleh menjadi teman lelaki sementaranya.

Dia menawarkan diri untuk bersama-sama dengan lelaki tersebut semalaman dan sebagai ganti, lelaki itu perlu membayar kos perbelanjaan dan pengangkutannya.

“Mereka perlu membiayai perjalanan saya ke bandar mereka dan mereka juga perlu baik hati.

“Sebagai ganjaran, mereka boleh menghabiskan masa semalaman dengan saya,’’ katanya yang mengiklan tawaran berkenaan dalam media sosial Weibo.

Menurut Ju Peng, dia suka mengembara justeru tidak perlu berasa malu dengan tawaran berkenaan.

Walau bagaimanapun, orang ramai beranggapan bahawa dia ialah pelacur dan menggesa agar iklan tersebut ditarik balik. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.