`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, October 29, 2014

Harga Minyak Dunia Turun Tapi Harga Minyak Malaysia Naik!



Skim rasionalisasi subsidi bahan api perlu dikaji semula

Baru-baru ini Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan akan melaksanakan skim rasionalisasi subsidi bahan api  kepada pengguna yang akan dilaksanakan tahun depan, akan dibahagikan kepada tiga peringkat, bergantung kepada pendapatan bulanan.

Orang ramai masih kurang jelas dengan maksud pendapatan bulanan yang dikatakan oleh Kementerian Kewangan tentang skim rasionalisasi subsidi bahan api yang akan dilaksanakan tahun depan. Apakah gaji pokok atau pendapatan kasar atau pun pendapatan bersih?

Katanya lagi , mereka yang berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan akan menerima subsidi penuh sementara mereka yang berpendapatan di antara RM5,000 dan RM10,000 akan mendapat sebahagian subsidi dan mereka yang berpendapatan di atas RM10,000 adalah tidak layak.

Sekiranya dikira daripada gaji pokok maknanya mereka yang menerima gaji pokok RM5000 kebawah akan menikmati subsidi penuh tetapi bagaimana pula gaji pokok mereka lebih dari RM5000 setelah ditolak cukai, kwsp, dan lain-lain potongan sudah pasti mereka juga layak menerima subsidi penuh kalau dikira dari segi pendapatan bersih.  Persoalan sekarang adakah pihak kerajaan menilai dari segi gaji pokok atau pendapatan bersih?

Begitu juga dengan mereka yang bekerja sendiri, adakah pihak kerajaan dapat mengenal pasti pendapatan sebenar mereka ini sebab mereka ini tidak mempunyai slip gaji macam mereka yang bekerja dengan jabatan kerajaan atau syarikat swasta. Perkara tersebut perlu dijelaskan kepada pengguna agar ianya tidak menyusahkan pengguna ketika mengisi minyak nanti.

Kita mencadangkan agar pihak kerajaan mengkaji semula skim rasionalisasi subsidi bahan api berdasarkan pendapatan bulanan dengan menggunakan keadah yang lebih efektif seperti mengikut kapasiti enjin atau CC kenderaan atau sentimeter kuasa tiga adalah jumlah isipadu tersapu enjin. Besar saiz enjin, lebih besar CC atau sentimeter kuasa tiga enjin akan digunakan. Kebanyakan kenderaan mewah seperti kereta sport dan kereta berjenama impot menggunakan CC besar.

Pihak kerajaan boleh mengenal pasti pengguna berdasar jenis model kenderaan mewah yang diimpot dari luar negara sebab kebanyakan mereka yang berpendapatan tinggi saja mampu membeli kereta mewah yang diimport tersebut. Mungkin orang akan berkata belum tentu semua kenderaan berjenama mewah hanya untuk orang kaya, ada juga pengguna membeli kereta mewah terpakai dengan harga yang murah di atas faktor usia kenderaan serta susut nilai kenderaan tersebut. Maka pengguna kenderaan mewah terpakai 10 tahun keatas boleh menerima subsidi penuh.

Antara cadangan lain ialah kerajaan boleh mengalakkan rakyat Malaysia membeli kereta tempatan dengan memberi subsidi minyak atau menurunkan harga kereta tempatan dengan harga yang berpatutan. Apabila ramai rakyat Malaysia membeli kereta buatan tempatan, ini secara tidak langsung akan dapat membantu industri automobil tempatan dengan lebih rancak lagi disamping itu dapat menjanakan kewangan negara dari mengalir keluar.

Skim rasionalisasi subsidi bahan api berdasarkan pendapatan bulanan perlu dikaji semula memandangkan ianya tidak begitu sesuai dilaksanakan dalam negara ini kerana ianya boleh disalahgunakan oleh pihak tertentu dengan memberikan penyata pendapatan yang tidak tepat seperti mereka yang bekerja sendiri yang tidak memiliki slip gaji dan sebagainya sebagai bukti pendapatan sebenar mereka.

Boleh jadi mereka yang tidak mempunyai slip gaji memperolehi pendapatan yang lebih besar dari yang bekerja dengan sektor swasta dan kerajaan. Sudah pasti keadaan ini sukar dikawal dan golongan yang sepatutnya menerima subsidi minyak juga akhirnya terpinggir sekiranya mereka gagal mengisi borang penyata pendapatan terutama golongan warga emas dan penduduk kampung yang tinggal jauh di pedalaman.

Ini belum lagi masalah mereka yang terpaksa memperbaharui Mykad mereka untuk dikemaskini agar mereka dapat menikmati harga minyak subsidi. Semua ini memerlukan kos dan ianya tidak berbaloi kepada pengguna luar bandar yang terpaksa datang ke bandar semata-mata untuk memperbaharui Mykad mereka yang belum tentu mereka akan menerima subsidi minyak.

Kita mengesa pihak kerajaan mengkaji semula serta menimbang cadangan tersebut dengan menambah baik lagi agar ianya memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

English version

Rationalization of the fuel subsidy scheme should be reviewed

Recently, Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said the government will implement a fuel subsidy rationalization scheme to consumers that will be implemented next year, will be divided into three tiers depending on the monthly income.

The public still not clear about the meaning of the monthly income was said by the Ministry of Finance on the rationalization of the fuel subsidy scheme which will be implemented next year. Whether the basic salary or gross income or net income?

He said those who are earning below RM5, 000 a month will receive a full subsidy, while those earning between RM5, 000 and RM10, 000 will get part of the subsidy and those earning above RM10, 000 are not eligible.

If is calculated from basic salary its meaning those who receive below RM5000 basic salary will enjoy full subsidy but what about their basic salary is more than RM5000 after taxation, EPF, and other deductions of course they are also entitled to receive the full subsidy, if counted in terms of net income. The question now is whether the government assesses in terms of basic salary or net income?

Similarly, those who are self-employed, whether the government can identify their actual income because they do not have a pay slips like those who worked with government departments or private companies. The matter must be explained to the consumers so that it does not troublesome the consumer when refueling later.

We suggest that the government review the fuel subsidy rationalization scheme based on monthly income by using more effective methods such as engine capacity or vehicle CC or centimeter cube is the swept volume of the engine. The size of the engine, the larger CC or centimeter cube engine will be used. Most luxury vehicles such as sports cars and import branded cars using a large CC.

The government can identify the consumer by type of model luxury vehicles those imported from abroad because most of those with high incomes are able to buy these imported luxury cars. Maybe the public will say not all the luxury branded vehicles only for the rich, there are also consumers buy a used luxury cars at low prices base on the age of vehicles and depreciation of the vehicle. So consumers of used luxury vehicles 10 years and above can get a full subsidy.
Among other recommendations is that the government can encourage Malaysians to buy local cars by giving fuel subsidies or lower the price of a local car with a reasonable price. When many Malaysians buy locally-made cars, this will indirectly help the local automobile industry more robust again besides it can generate national financial from flowing out.

Rationalization of the fuel subsidy scheme based on monthly income should be reviewed as it is not suitable to be implemented in this country because they can be abused by certain parties by give an inaccurate statement of income as self-employed persons who do not have a pay slips and so on as evidence of their actual income.

Perhaps those who do not have a pay slips earn more than those working with the private sector and government. Certainly this situation is difficult to control and the people who should receive subsidies eventually marginalized if they fail to fill in the income statement, especially the senior citizens and the villagers who live far inland.

This is not to mention those who have to renew their MyKad to be updated so that they can enjoy the oil price subsidies. All this requires costs and it is not worth it to consumers in rural areas who had to come to the city solely to renew their MyKad that is not necessarily they will receive a subsidy.

We urge the government to review and consider the proposal by further improve so that it beneficial to all Malaysians.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.