`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 11, 2014

LEBUH RAYA KINRARA-DAMANSARA (KIDEX) DIBANTAH ,, ADAKAH LEBUH RAYA DAMANSARA-SHAH ALAM (DASH) AKAN JUGA DIBANTAH?????


Sebelum ini kecuh bagai nak runtuh langit pasal Lebuh Raya Kinrara-Damansara (KIDEX) masa zaman TSKI jadi Dato' Menteri Besar Selangor ... macam-macam ayat bantahan keluar .. menjadikan salah satu alasan paling utama mengapa TSKI perlu dipecat.

Nah!!! Bajet 2015 DS Najib Razak ada memberitahu bahawa Lebuh Raya Damanasara- Shah Alam (DASH) sepanjang 47 km bernilai RM4.2Billion akan dibina.

Bukan apa nak tahu jer ... adakah bantahan yang serupa kerasnya seperti KIDEX akan dilakukan?????

Rakyat sekarang jenis dah cerdik dan celik IT dan padat dengan maklumat yang boleh diperolehi melalui hujung jari lebih-lebih rakyat bandar macam di Selangor ni. .. Itu jer nak peringatkan.

Bersangka mulia dan mau tunggu respon daripada kerajaan baharu Selangor .. adakah jenis konsisten dalam bantahan atau bantahan ikut situasi dan selera ikut masa.

Tujuh projek infrastruktur melibatkan pembinaan lebuh raya, landasan keretapi dan pengangkutan awam akan dilaksana tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, ini termasuk pembinaan Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang sepanjang 59 kilometer dengan kos RM5.3 billion dan Lebuh Raya Pantai Barat dari Taiping ke Banting sepanjang 276 kilometer dengan kos RM5 billion.

"Lebuh Raya Damansara - Shah Alam sepanjang 47 kilometer juga akan dibina dengan kos sebanyak RM4.2 billion manakala Lebuh Raya Lingkaran Luar Kuala Lumpur - Hubungan Timur sepanjang 36 kilometer dibina dengan kos RM1.6 bilion.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.