`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, October 27, 2014

Polis Kunci Universiti Malaya Untuk Halang Anwar Ibrahim



Polis akan mengambil alih bahagian keselamatan Universiti Malaya bermula jam 7 pagi esok, lapor portal berita The Malaysia Insider.

Menurut Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya, Prof Datuk Dr. Rohana Yusuf, polis akan mengawal kampus dan menghalang orang luar dari memasukinya.

Langkah itu dipercayai dibuat bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari memasuki kampus untuk menyampaikan ceramahnya yang bertajuk "40 tahun, dari UM ke penajara", yang bakal diadakan di Dewan Tunku Canselor esok.

Rohana berkata pelajar tidak dibenarkan berada di DTC atau di kawasan sekitarnya bermula jam 4 petang esok.

Menurut Rohana, program tersebut jelas sekali melanggan peraturan Universiti dan Akta Kolej Universiti 1971. Tambah Rohana lagi, mana-mana pelajar yang melanggar undang-undang itu akan digantung atau dibuang.

Semua pintu masuk kecuali pintu utama akan ditutup bermula pukul 4 petang bagi memastikan tiada orang luar memasuki kampus.

Rohana berkata program itu adalah haram kerana tidak ada kelulusan bagi melaksanakan acara tersebut daripada pihak pengurusan universiti. 

- SiakapKeli.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.