`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, October 11, 2014

Semua orang kampung tahu, Nik Abduh mengarut..

SAYA kata Umno pembuli Pas sejak dulu. Maka DAP janganlah jadi macam Umno selepas boleh kuasa. Buli. Anda pula kata Nik Abduh tuduh Pas sentiasa kena buli dalam PR?!

Semua orang kampung tahu, Nik Abduh mengarut...

Bukti yang amat jelas kat bawah ni...masih tak nak ngaku?

 
 Dulu, saya kata UG adalah pakatan semua parti perintah Malaysia. Itu maksud saranan presiden Pas. Anda pula kata Nik Abduh sokong kerajaan campuran Umno-Pas?!

Semua orang kampung tahu, Nik Abduh mengarut...



2.29 ~ Dan sebenarnya Unity Government kita bincang dalam, dalam  dialog politik dikalangan kepimpinan PAS.Kita telah membincang dalam semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah Unity Government.Ini juga menjadi perbincangan. Termasuklah aspek Undi Tak Percaya.
2.47 ~ Dan Unity Government yg saya kemukakan , masa err.. Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, ini disokong oleh PKR, disokong oleh DAP!
2.57 ~ Dan err…DAP dan PKR bersetuju! Dan saya telah memaklum kepada DAP!  KLIK UNTUK TRANSKRIP PENUH
 Kenyataan 2.29 / 2.47 / 2.57 Adalah amat jelas pembohohongan besar. PAS sendiri tidak pernah mendapat penjelasan mengenai UG lontaran idea Hj Hadi.

PKR dan DAP tidak pernah di rundingi mengenainya dan tidak pernah menyatakan bersetuju dengan idea UG Hj Hadi ini. Bukti-buktinya seperti berikut :
Boleh ikuti beritanya di sini

10 WAKIL PAS TOLAK K'JAAN PERPADUAN

Sepuluh daripada 24 anggota Dewan Rakyat PAS tiba-tiba membuat kejutan petang ini di lobi Parlimen. 

Mereka mengisytiharkan beramai-ramai menolak idea kerajaan perpaduan dan sekali gus memberi mandat kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menangani isu tersebut yang sedang menggelegak dalam parti itu.

Dalam kenyataan ringkas tiga perenggan, mereka sebulat suara menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan seperti disarankan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang "tidak pernah merupakan agenda PAS."

Mereka juga menegaskan kembali pentingnya PAS berpegang teguh pada keputusan muktamar di Ipoh tahun lalu yang ingin menguatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.Baca lagi di sini
Saya kata 2 Adun itu pengkhianat, mengkhianati parti sendiri selepas keluar daripada pendirian parti yang jelas. Anda pula kata, Nik Abduh ajak keluar PR?!

Semua orang kampung tahu, Nik Abduh mengarut...

Kalau benar 2 Adun itu pengkhianat parti, apasal sampai sekarang mereka ini masih tidak diambil tindakan yang sewajarnya?



Nik Abduh, kamu adalah umpama melontar batu sembunyi tangan....
 Saya kata wujud konspirasi antarabangsa jatuhkan TGHH atau Presiden Pas dan para ulama dalam Majlis Syura Ulama Pas. Ahli Pas harus ada kesedaran yang tinggi. Anda pula kata, Nik Abduh menghentam dan merugikan partinya sendiri!?

Semua orang kampung tahu, Nik Abduh mengarut...

Ramai yang kata kamu tu mengarut dan tidak berasas kerana kamu tidak sertakan apa-apa bukti. Salah satu komen di Malaysian Insider mengenai konspirasi yg Nik Abduh sebut :
Pakngah Rock: Semakin banyak kenyataan Nik Abduh maka semakin beliau dilihat tidak cerdik. Peribahasa Inggeris kata "seseorang itu dilihat kebodohannya apabila membuka mulut". Sebagai seorang ulama muda beliau seharus mengemukakan bukti2 yg kukuh dahulu sebelum membuat kenyataan. Saya takut nanti ada orang kata beliau mengidap sindom Skizoferinia ialah penyakit jiwa yang membayangkan ada orang lain yang mengganggu dirinya. Sedangkan perkara itu hanya ilusi sahaja. Harap2 Nik Abduh dapat pergi ke mana2 darul syifak untuk mendapatkan terapi.
Apakah kerana Hj Hadi dan MSU menerima "serangan" dan kritikan sejak kebelakangan ini, maka ia didalangi negara luar? Baca lagi di sini
 Anda kata, saya tak kata pun. Anda salah. Saya pula anda salahkan.Janganlah jadi 'anda' yang seperti di atas. Jadilah macam saya yang macam anda, yang benar, berani dan berterus terang. 

Semua orang kampung tahu, Nik Abduh mengarut...

 Orang PAS Pasir Mas sendiri pun dah tahu maka suruh dia berundur ......



Korang jangan jadi macam Nik Abduh yang semakin kuat mengarut.Dia ingat korang ni ayam ke apa? Kah! Kah! Kah!
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul AzizAhli Parlimen Pasir MAS, AJK Pas Pusat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.