`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, November 17, 2014

Agenda Melayu yang Gagal



Minggu ini UMNO akan bersidang. Orang putih kata- you know the drill. Sudah menjadi semacam protocol- UMNO mencipta musuh2 baru untuk diperangi; kemudian menaikkan suhu dan darah para perwakilan yang berebut rebut membuat ucapan penangguhan yang berapi api.


Habis perhimpunan, wakil orang melayu yang datang kesitu lupa tujuan asal mereka berhimpun- untuk menilai sejauh mana pemimpin mereka telah meningkatkan pendapatan orang Melayu, membetulkan agihan pendapatan antara Melayu atasan dan Melayu bawahan. Mereka lupa mengingatkan pemimpin mereka, orang Melayu hilang tanah mereka, orang Melayu tidak berumah, orang Melayu lemah dalam perniagaan dan sebagainya. Mereka lupa menilai pencapaian pemimpin mereka yang memegang tampuk pemerintahan dan kuasa.


UMNO hidup atas pembohongan sekarang. Bukan lagi prinsip perjuangan.

Setelah hidup 68 tahun, ia gagal menebus bangsa Melayu. Selama memerintah sejak pilihanraya pertama 1955, selama 59 tahun- UMNO masih bertanya apa lagi Cina mahu, apa lagi India mahu. Maksud nya, sekian lama,UMNO tersangat bebal masih tak tahu apa rakyat mahu?


Jadi, untuk menutup kegagalan nya, dan menyembunyikan hipokrasi nya, UMNO kena terus berbohong kepada ahli nya dan kepada orang Melayu am nya. Dengan menceritakan agenda UMNO untuk Melayu disabotaj oleh bangsa lain. Dengan menceritakan agenda UMNO untuk Negara, agama dan bangsa disabotaj oleh bangsa lain. Pensabotaj ialah musuh UMNO dan pada masa yang sama, musuh Melayu.


Itu cara UMNO menyambung hayat politik nya- membohongi ahli nya dan membohongi bangsa Melayu.


Tapi kita tahu, itu cakap besar pemimipin UMNO. Rakyat luar yang bukan UMNO dan bukan menyokong UMNO mesti sedar bahawa puak UMNO ini tidak boleh melakukan apa2 melainkan apa yang dibenarkan oleh undang2. Biarkan mereka jerit sampai leher urat jadi biru, atau menangis teresak esak meratapi nasib bangsa Melayu yang diperlakukan oleh UMNO sebetulnya.


Yang mahu jadi jaguh akan mencari isiu untuk pablisiti murahan. Tidak ada benda yang meng-herokan orang UMNO daripada mengistiharkan dia akan mempertahankan maruah bangsa Melayu sampai tetesan darah terakhir. Pemimpin UMNO tidak mahu ketinggalan akan menghunus keris dan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan mencabar mereka yang menggugat bangsa Melayu. Yang tergugat sebetulnya ialah UMNO bukan orang Melayu.


Dalam kes yang paling asas yakni pegangan tanah reseb Melayu- pemimpin UMNO yang kita sanjung2 lah yang menjual tanah reseb Melayu dan gagal menggantikan nya. Daripada 3juta hektar sekarang sudah tinggal 1.7 juta hektar. Yang jual dan benarkan keadaan begini ialah pemimpin UMNO. Ini pun sukar difaham oleh puak UMNO.


Fakta nya, ialah orang Melayu berkeadaan seperti yang mereka ada sekarang kerana politik. Dan politik maknanya siapa yang berkuasa. Lojik nya, jika orang Melayu mundur dalam pelbagai cabang hidup, mereka jadi demikian kerana yang pegang kuasa itu menjadikan mereka demikian. Yang pegang kuasa dan yang menjadikan mereka demikian ialah UMNO.


Jadi UMNO akan mencari dan mencipta isiu menggambarkan orang Melayu dalam bahaya. Dan mempertahankan maruah Melayu itu biasa nya dikaitkan dengan ancaman yang dicetuskan oleh minda2 rendah jatidiri.


Walhal maruah orang Melayu jatuh serendahnya kerana miskin nya mereka, mundur nya mereka dari pendidikan, dari pelbagai cabang kehidupan seperti yang telah lama digambarkan oleh Pendita Zaaba.  Hari ini kalau Pendita Zaaba ada , harus dia dikenakan akta hasutan kerena berani dan jujur mendedahkan kelemahan bangsa Melayu.


Kita tahu isiu lama yang akan didendangkan- betapa orang Melayu terancam, agama mereka terancam dan raja2 Melayu yang berdaulat itu terancam. Jika sudah memerintah sejak 1955 sampai sekarang, UMNO gagal menjaga Melayu dan Melayu masih terancam, apa alasan untuk kita kekalkan UMNO sebagai penjaga orang Melayu?


Fakta nya, kepentingan orang Melayu tidak semesti nya dicapai melalui jenama UMNO.


UMNO mahu meresahkan dan menggemparkan orang Melayu- walhal mereka mewakili sebahagian sahaja dari orang Melayu, dengan cerita dongeng bahawa orang Melayu, agama mereka, raja mereka terancam. Berapa kali kita hendak ulang- UMNO dan suku sakat nya hanya dapat 47% dari sokongan undi popular. Lebih ramai orang Melayu mengundi PKR, PAS bahkan DAP daripada mengundi UMNO.


Ini parti yang tidak sedar diri. Kalau kita jumlahkah semua 88 kerusi yang UMNO menang dan kirakan pengundi nya, hasilan nya lebih rendah dari jumlah undi yang di perolehi oleh pembangkang.  UMNO menang hanya kerana persempadanan yang tidak adil dan taburan pengundi yang tidak adil. Itu sahaja yang menyelamatkan UMNO.


Dasar yang mereka laksanakan tidak dpercayai lansung oleh rakyat. Dasar sosial mencetuskan perkelahian dan syak wasangka; dasar ekonomi menyebabkan jurang pendapatan melebar, dasar ekonomi juga menyebabkan Melayu terpilih bertambah kaya; dasar mengenai agama menyebabkan golonga ekstrim yang tidak dipilih rakyat meletakkan agenda melampau keatas Negara.


Pemimpi nombor satu mereka, cakap besar dan berdegar degar, tapi semua kosong. Bukan saya cakap, Dr Mahathir yang cakap. Dan Mahathir PM kita selama 22 tahun.


Kita tahu sebab apa UMNO mesti lakukan segala pembohongan ini. Ianya untuk menutup kegagalan mereka membela bangsa Melayu, agama mereka dan raja mereka.


Kesemua ini tidak pun terancam. Orang Melayu jumlah nya 60%dari penduduk Negara ini, polis dan askar hampir semua Melayu,, pegawai kerajaan, penjawat awam hampir semua Melayu. Senaraikan mereka yang ada kuasa- semua Melayu. Dengan bersenjatakan ini, lojikkah untuk berkata- kumpulan 60% dengan segala macam kekuatan, dengan kuasa kerajaan yang ada- berada dalam bahaya?


Pandir punya cerita ni.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.