`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, November 30, 2014

Aku Tak Percaya Najib Sanggup Bercakap Macam Ni..


Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak mengecam sikap sebilangan blogger pro UMNO yang bertindak menyerang pemimpin parti atas dasar 'friendly fire'.

Perdana Menteri itu berkata, blogger yang menyatakan prinsip menyokong parti UMNO sewajarnya lebih fokus menyerang pemimpin pembangkang jika benar mahu parti teras Barisan Nasional (BN) itu terus kekal sebagai pemerintah kerajaan.

“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita.

"Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau menegaskan, blogger pro UMNO seharusnya menjadi benteng dalam peperangan dengan parti lawan dan bukan bertindak menyerang sesama sendiri.

“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang.


Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” tegasnya. ~rakyat news

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.