`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 14, 2014

Artis Buat Maksiat Di Bilik Hotel...Siapakah Artis ini??


Ini bukan kes kecil hati lagi, tetapi boleh dikategorikan sebagai ‘makan hati’ 
dan‘sakit hati’ kerana tempat untuk mencari rezeki sudah bertukar jadi sarang 
maksiat.

Dalam ruangan gosip di akhbar Harian Metro menyebut, seorang artis veteran 
ternampak sendiri perlakuan dua artis yang tidak teragak-agak dan tanpa segan
silu masuk ke bilik.

Mustahil artis wanita itu mahu membantu artis lelaki itu membetulkan cadar 
ataupun menukar sarung bantal kerana pihak pengurusan penginapan itu sudah
menyediakan pekerja yang ramai untuk membuat kerja-kerja itu semua.

Lagipun takkan artis wanita itu sanggup menggunakan jari jemarinya yang mulus itu untuk mengemas bilik artis lelaki itu.

Khabarnya artis veteran artis veteran itu marah benar akan perlakuan tidak 
senonoh kedua-dua artis itu. Ia turut memalitkan arang ke wajah artis lain yang 
mana kalau masyarakat tahu macam gitulah perangai artis, langsung hilang 
hormat pada penggiat seni tanah air.

Di manakah letak­nya maruah mereka sebagai manusia sehingga sanggup 
melempiaskan nafsu tanpa mempedulikan orang sekeliling.

Suatu ketika dulu artis wanita itu khabarnya bakal menamatkan zaman solonya, 
tetapi sayang sekali jodohnya bersama buah hati tidak kesampaian dan sejak itu 
dia bagaikan kehilangan arah.Masakan artis itu tidak ‘naik sawan’ kerana rakan
seang–katannya ramai yang sudah berkahwin dan ada anak, lapor Hmetro.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.