`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, November 15, 2014

Doktor Kelentong Doktor..

HASHIM menunjukkan lesen dan laporan polis dibuat berhubung penggunaan namanya. 


Kuala Lumpur: Seorang doktor tidak menyangka tindakan cuai membenarkan perakuan amalan perubatan miliknya digunakan kenalan untuk memohon lesen membuka klinik swasta menyebabkan dia kini hilang mata pencarian.

Mangsa, Mohamad Hashim Ibrahim, 35, mendakwa namanya dihalang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) daripada membuka klinik baru seperti dirancang.

Menurutnya, dia pernah membenarkan sijil amalan perubatannya digunakan seorang doktor pakar yang bekerja di sebuah hospital kerajaan di Kedah untuk membuka klinik di negeri itu.

"Mengikut perjanjian asal, saya hanya perlu memberi sijil amalan perubatan berikutan proses membuka klinik memerlukan dua dokumen iaitu sijil amalan perubatan dan lesen membuka klinik.

"Bagaimanapun setahun selepas itu doktor terbabit memberitahu dia tidak ingin menggunakan lagi sijil amalan perubatan milik saya dan perhubungan kami terputus," katanya.

- hmetro

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.