`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, November 7, 2014

Gempar ! Pelajar Perempuan Tingkatan Tiga Kantoi Simpan Kondom Dalam Beg Sekolah


HULU SELANGOR – Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg
sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan
ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.

Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini terkedu dan
menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.

Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)
 menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks 
selepas beberapa bulan perkenalan.

Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat laporan di balai 
polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.

Menurut sumber, bertindak atas laporan dan keputusan pemeriksaan, polis menahan 
teman lelaki remaja itu di rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman 
lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit, menurut sumber 
Maklumat.my.

“Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman
lelakinya tiada di rumah.

“Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah kira-kira jam 2 
 petang tanpa diketahui keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di rumahnya dan 
direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya 
Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dilakukan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.