`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, November 24, 2014

Hancur Hati Isteri Terjumpa Video Seks Suami Bersama Wanita Lain Dalam Laptop


Hancur luluh hati seorang isteri apabila terjumpa video aksi lucah suaminya
bersama beberapa wanita lain yang disembunyikan dalam laptop.Wanita berusia 
24 tahun itu terjumpa rakaman video seks berkenaan secara tidak sengaja ketika 
sedang mengemas rumah mereka di Salak Selatan.

Mangsa terjumpa laptop suaminya yang masih belum ditutup. Mangsa kemudiannya
cuba menutup laptop itu, namun terkejut apabila terjumpa satu fail video yang 
mencurigakan.Sebaik saja dibuka, mangsa terkejut melihat video itu mengandungi 
rakaman video suaminya sedang melakukan hubungan seks dengan wanita yang tidak
dikenalinya.

Sedih dengan penemuan itu, mangsa kemudian meminta penjelasan daripada suaminya
mengenai video panas itu.Namun, si suami terus mengamuk dan mengarahkan mangsa
tidak mencampuri urusannya.

Namun, pertengkaran berlaku menyebabkan lelaki itu mengamuk dan menampar pipi 
isterinya. Tidak cukup dengan itu, dia juga menumbuk muka mangsa berulang kali 
sehingga bibir mangsa pecah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.