`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, November 17, 2014

Kawasan rendah di Terengganu berisiko banjir jika hujan berterusan


Keadaan semasa di blok Asrama dan juga bilik Kuliah UniSZa Gong Badak, Kuala Nerus.

KUALA TERENGGANU – Kawasan rendah di Terengganu berisiko dilanda banjir jika hujan lebat dan sederhana di kebanyakan tempat di seluruh negeri ini masih berterusan.

Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Roslina Ngah berkata, rekod masa ini menunjukkan purata taburan hujan di Terengganu adalah antara dua dan 80 milimeter.

Katanya, taburan hujan lebat dikesan di kawasan sebelah pantai di daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.


Keadaan pagi ini di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak Kuala Nerus.

“Paras air di sungai-sungai utama seluruh negeri masih mencatat paras normal manakala angin kencang dan laut bergelora dijangka membawa angin dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak 3.5 meter.

“Ribut petir di perairan Terengganu dijangka berterusan dan kawasan pantai terdedah dengan kenaikan air paras laut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semua jabatan dan agensi negeri dan daerah juga diminta terus bersiap siaga. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.