`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, November 10, 2014

Kemalangan Di KM 265 Lebuhraya PLUS Arah Selatan 1 Maut


Ipoh - Satu kemalangan telah berlaku pada jam 2.45 pagi tadi melibatkan sebuah bas rombongan dengan sebuah lori tangki dan mengakibatkan seorang penumpang wanita maut.

Kemalangan yang berlaku di km 265 Lebuhraya Plus selepas Terowong Menora arah Selatan ini juga telah mengakibatkan kesesakan sepanjang 5km.

Bas rombongan tersebut dalam perjalanan dari Langkawi menuju ke Johor dan penumpang wanita yang maut tersebut di sahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar manakala penumpang yang lain dan pemandu lori tangki terselamat. 





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.