`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, November 16, 2014

Najib umum berita kenaikan gaji untuk guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa)



Permintaan guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di negara ini agar dinaikkan elaun mereka tidak dipandang sepi, sebaliknya mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas Pahang Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata perdana menteri telah mengatakan bahawa mereka yang berkhidmat dengan kerajaan perlu memperoleh pendapatan tidak kurang daripada RM800.

"Saya difahamkan perkara ini sedang diusahakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan kita perlu usaha sedikit sahaja lagi.

"Saya percaya dan yakin apa yang dihasratkan oleh guru Kafa akan menjadi kenyataan dalam tempoh terdekat ini," katanya ketika berucap pada majlis penutup Ihtifal Kafa peringkat kebangsaan 2014 di Bukit Gambang City Resort dekat Kuantan, Kuantan malam tadi.

Beliau berkata kenaikan elaun tersebut dilihat sejajar dengan peranan Kafa yang penting dalam masyarakat Islam masa kini untuk mendidik anak bangsa menjadi seorang yang berakhlak dan berpekerti mulia.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata pelaksanaan program Kafa terbukti berkesan apabila bilangan murid yang boleh membaca dan menghafaz al-Quran selain memahami asas fardhu ain semakin meningkat.

Katanya, pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan terhadap Kafa turut menggalakkan lebih ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke program ini.

Menurutnya, apabila kerajaan memutuskan menjadikan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) sebagai syarat kemasukan ke sekolah menengah agama peringkat persekutuan, negeri dan sekolah berasrama penuh, ia telah meletakkan UPKK setaraf dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

"Justeru, Jakim akan memastikan pengurusan peperiksaan UPKK sentiasa dipertingkat dari semasa ke semasa di mana bagi tahun ini sahaja Jakim memperuntukkan RM3 juta bagi kos percetakan soalan UPKK dan membayar para petugas," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, Awang Khalid Mat Ali.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.