`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, November 27, 2014

Rahsia ahli Umno no. # 000006



Umno kini dikenali sebagai parti perkauman Melayu dengan namanya yang berbahasa Inggeris. Namun benarkah Umno itu sendiri parti Melayu ? atau ditubuhkan untuk mewarisi kerajaan penjajah.

Ketika jejak sejarah SAMM ke Johor baru ini, telah bertemu dengan perbagai orang dan meneliti perbagai bahan berkaitan sejarah. Kami telah menemui bukan sahaja sejarah Bukit Kepong malah lebih dari itu. Sememangnya banyak sangat yang dipendam dari pengetahuan umum. Sdr. Ezad antara yang menyertai konvoi SAMM ke Johor ialah seorang penggemar sejarah. Beliau telah berkongsi beberapa dokumen dan penemuan sejarah yang beliau temui. Beliau dan sahabatnya ada mengendalikan sebuah blog yang dikenali sebagai untoldhistoryofmalaysia yang banyak mendedahkan perbagai bahan sejarah terpendam.

Salah satunya ialah rahsia ahli nombor 6, ketika penubuhan Umno itu sendiri. Umno telah ditubuhkan dengan keahlian bukan Melayu. Ahli nombor 6 ini seorang doktor perubatan dan bukan Melayu. Dia merupakan anak kepada British and Indian descendants, berasal dari Batu Gajah, Perak.

Sedikit latar belakang,Sir Harold McMichael pada tahun 1945 telah ditugaskan oleh 'London' untuk mendapatkan tandatangan semua raja-raja Melayu tetapi bila bertemu dengan DYMM Sultan Ibrahim (Johor), baginda Sultan telah tidak mahu menandatangani perjanjian tersebut. Tanpa tandatangan Sultan Ibrahim sudah tentu perjanjian tersebut tidak bernilai. Perbagai helah digunakan termasuk mempengaruhi anak Sultan Ibrahim.


ketika inilah ahli pengasas Umno dengan keahlian nombor 6 itu muncul.

Sultan sememangnya berkeras tidak mahu menandatangani perjanjian tetapi Dato' Onn pengasas Umno berusaha bersungguh - sungguh memujuk Sultan Ibrahim sehingga menggunakan Dr. Paglar yang sememangnya rapat dengan Sultan.
Akhirnya Dr Paglar berjaya menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tandatangan Sultan bagi pihak McMichale. Kemudian Umno pun ditubuhkan di Istana Johor dan Dr. DR. CHARLES JOSEPH PEMBERTON PAGLAR diberi keahlian UMNO bernombor # 000006

Persoalanya kini
1.apa asas penubuhan UMNO ?
2.Umno tubuh dengan antara pengasasnya bukan Melayu?
3.perjanjian apa yang sungguh - sungguh diusahakan untuk tandatangan Sultan itu ?
4. Adakah benar teori ketika desakan kemerdekaan makin kuat, British telah haramkan semua organisasi yang desak merdeka dan tangkap serta buru semua yang terlibat mendesak merdeka. Maka dirancang tubuhnya sebuah organisasi untuk menyamar sebagai pejuang. Kalau nak tubuh organisasi baru ciptaan British tentu susah nak yakinkan orang ramai, Maka British telah membuat satu perjanjian untuk tubuh malayan Union. British tahu penduduk tanahair ini tidak akan setuju dengan malayan Union khususnya orang Melayu dan peluang inilah untuk memunculkan tokoh-tokoh dan organisasi baru ciptaan mereka untuk mewarisi pemerintahan negara ini ?

Apakah sebenarnya berlaku sebenarnya ? che'GuBard bukan bijak sejarah, macam Khoo Kay Kim...nanti dia marah lagi. Cuma nak bangkitkan persoalan ini untuk sama kita fikirkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.