`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, November 27, 2014

Seksinya Mashitah..

Mashitah: Jangan sewenangnya guna nama Islam


Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim mencadangkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Pendaftar Perniagaan (ROC) tidak membenarkan pendaftaran sesuatu pertubuhan yang menggunakan nama Islam secara sewenang-wenangnya dan yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Tak kira parti Islam ke, Brother in Islam ke, Sister in Islam ke, Mother and Father in Islam  ke... Mereka meletakkan Islam bukan mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah, apatah lagi (fahaman) liberal dan sokong LGBT," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan menyokong usul agama, pendidikan dan sosial sempena Persidangan Agung Pergerakan Wanita di PWTC petang ini.

Dalam ucapannya juga, Mashitah turut mencadangkan supaya media massa atau penganjuran majlis rasmi tidak memanggil penceramah luar yang bermasalah dengan pegangan akidah.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada kerajaan supaya mengadakan tapisan pegangan akidah kepada penceramah luar supaya tiada fahaman berbeza dengan Ahli Sunnah wal Jamaah masuk ke dalam Malaysia.

Bekas timbalan menteri itu berkata mencadangkan supaya penerangan mengenai prinsip wasatiyah diperluaskan termasuk maksud jihad perlu diberikan memandangkan ramai umat Islam yang terpengaruh "nak cepat masuk syurga".

"Akhir sekali, sekolah pondok perlu menjadi agenda Umno untuk manjadi satu benteng Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya. 

- MKini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.