`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, November 5, 2014

Video : Lagi Kes Buli Dalam Asrama, Mangsa Disepak Tanpa Belas Kasihan


Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan kes buli "Singlet Hitam" kini satu video buli yang terbaru telah dimuat naik di laman Youtube.

Menurut dari video yang berdurasi selama lebih 6 minit itu, seorang budak lelaki dibuli oleh beberapa orang lelaki di dalam sebuah bilik yang dipercayai asrama. Mangsa buli itu di pukul menggunakan tangan dan kaki dan berkali-kali menangis dan menjerit kesakitan tetapi tidak diendahkan oleh kumpulan pemukul berkenaan.

Dilihat juga kumpulan pemukul ini bersuka ria memukul mangsa buli berkenaan dengan berjoget-joget sambil mendengar lagu.

Tidak dapat dipastikan dimana perbuatan buli ini berlaku. Tetapi dengan muka mangsa dan pemukul jelas kelihatan di dalam video tersebut, pihak herkuasa pasti dapat menyelesaikan kes ini.

Rasanya banyak lagi sebenarnya kes-kes buli yang berlaku dalam asrama sekarang ni, tetapi tidak didedahkan sahaja.

Mungkin pemantauan dari pihak sekolah perlu diperketatkan supaya kes-kes seumpama ini tidak berlaku lagi. - Siakapkeli.com.my

Perhatian, terdapat sedikit scene 18SX di dalam video ini dimana si pemukul tertanggal kain tualanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.