`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, December 9, 2014

Ali: ‘Aku tak tertakluk di bawah undang-undang UMNO’

Ali turut memberitahu bahawa Malaysia sedang menuju negara republik milik rakyat, dan turut menyatakan beliau akan menghasut lebih ramai lagi rakyat Malaysia.
ali abd jalilPETALING JAYA: Aktivis Ali Abd Jalil mendedahkan bahawa kini beliau telah memiliki kad perlindungan suaka di bawah undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perjanjian Dublin (perjanjian suaka).
Jelasnya, kini beliau sudah tidak lagi tertakluk di bawah undang-undang kerajaan UMNO dan Barisan Nasional serta Sultan.
“Aku tak tertakluk bawah undang undang bangs*t kerajaan UMNO dan sultan… Sini bukan Malaysia….kalo kat Malaysia polis dan mahkamah senang dijadikan anji*g kurap takda maruah..Tidak ada integriti,” tulisnya di dalam Facebook.
Ali yang melarikan diri ke Sweeden turut memberitahu bahawa Malaysia kini sedang menuju negara republik milik rakyat, dan turut menyatakan beliau akan menghasut lebih ramai lagi rakyat Malaysia.
“Kepada barua UMNO dan penjilat bont*t sultan, makin ramai rakyat Malaysia akan aku hasut untuk guling sultan Johor dan raja-raja Melayu…Malaysia sedang menuju Republik milik rakyat..hapuskan fasis dan rasis..Polis dan Mahkamah sudah tidak ada kredibiliti, sudah hilang kepercayaan rakyat,” ujar beliau lagi.
Semalam, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim mengumumkan bahawa pasport blogger kontroversi, Alvin Tan dan aktivis politik Ali Abdul Jalil yang mencari suaka politik di luar negara, ditarik balik.
Menurutnya, penarikan tersebut berkuatkuasa serta merta sebaik sahaja Jabatan Imigresen menghantar surat maklumat rasmi ke alamat terakhir mereka.
“Kita tidak akan bertoleransi dengan mana-mana individu yang menghina sistem kehakiman dan raja-raja Melayu,” kata Mustafa

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.