`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 9, 2014

Batal passport Ali, Alvin sah disisi undang-undang kata Zahid tapi Peguam kata tak sah..


Mula-mula kita ucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri ini yang telah memudahkan dan mempercepatkan proses mendapatkan suaka politik oleh seorang aktivis dari Kerajaan Sweden.

Tindakannya mengarahkan Ketua Imigresen supaya menarik balik passport Ali telah mempercepatkan proses memohon suaka tersebut.

Mengenai pembatalan passport Malaysia oleh Ketua Pengarah Imigresen itu menurut tiga orang Peguam, Putrajaya tidak berhak tidak berhak menarik semula pasport rakyat Malaysia kerana tindakan sedemikian bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Peguam R. Kengadharan berkata, mana-mana undang-undang yang diluluskan Parlimen, termasuk Akta Pasport, akan terbatal sekiranya bercanggah dengan Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi di negara ini.

"Jabatan Imigresen melangkaui batasannya dan bertindak bertentangan dengan keadilan," katanya.

Peguam S. N. Nair berkata, tiada peruntukan dalam Akta Pasport yang membolehkan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen membatalkan pasport yang diperolehi rakyat Malaysia secara sah.

"Ketua pengarah kelihatan melangkaui bidang kuasanya,"

"Pendakwaraya boleh memohon menggantung pasport mereka dan menghalang mereka untuk ke luar negara secara sah."

"Kedua-dua mereka boleh disekat daripada ke luar negara namun hak mereka untuk memiliki pasport sekarang dilanggar kerana mengeluarkan kenyataan terhadap pihak berkuasa," katanya.

Datuk Ambiga Sreenevasan turut mempersoalkan akta yang digunakan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen itu dalam tindakan beliau.

Beliau berkata, jabatan itu melanggar Artikel 9 Perlembagaan Persekutuan kerana menghalang warganegara berikutan rampasan dokumen perjalanan ketika mereka berada di luar negara.

"Mereka kini tidak boleh kembali ke Malaysia tanpa dokumen khas,".

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata, tindakan terhadap dua individu itu keterlaluan.

Beliau berkata, kerajaan juga terlalu memikirkan perkara remeh dengan mengambil tindakan terhadap dua individu berkenaan kerana mengkritik dan menghina institusi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Menarik balik pasport ini tidak munasabah kerana ia tidak selari dengan kesalahan yang dilakukan mereka," katanya.

Tapi kata Zahid.. "Secara perundangannya, penarikan balik pasport itu sah di sisi undang-undang,"  

Rasanyalah.. Zahid Hamidi atau lebih popular dengan gelaran 'Menteri Tin Kosong' oleh blogger-blogger UMNO ni main bedal saja cakap ni..

Sebabnya tiga peguam itu berhujah berdasarkan fakta.. tapi Zahid ni berhujah berdasarkan apa tak tahulah aku..

Laporan berkaitan..


Batal pasport Ali, Alvin sah di sisi undang-undang 

Tindakan menarik balik pasport aktivis Ali Abd Jalil dan blogger seks Alvin Tan sah di sisi undang-undang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 
Kerajaan juga katanya, tidak sebegitu kejam untuk menarik kerakyatan mereka, dan menambah, setakat ini, tiada perancangan melakukan ekstradisi kepada Alvin yang melanggar peraturan mahkamah. 
"Secara perundangannya, penarikan balik pasport itu sah di sisi undang-undang," kata Zahid kepada pemberita selepas pertemuan dengan Pembantu Setiausaha Jabatan Keselamatan Luar dan Hubungan Antarabangsa Amerika Syarikat, Alan Bersin di pejabatnya. 
"Kita tidak boleh tarik kerakyatan, dia lahir di sini, kerajaan Malaysia tidak sekejam itu. 
"Kita tidak ada usaha lakukan ekstradisi (terhadap Alvin) setakat ini, walaupun kita ada perjanjian ekstradisi. Kesalahan yang dilakukan ialah kerana tidak mematuhi peraturan yang diberikan mahkamah," katanya di Putrajaya, hari ini. 
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim semalam mengumumkan pembatalan pasport Ali dan Alvin kerana keduanya "sudah tidak boleh ditoleransi lagi." 
Sebelum itu pada Ahad, Zahid mengugut akan membatalkan pasport antarabangsa Alvin dalam usaha membawanya pulang bagi menghadapi tindakan undang-undang. 
Ia disusuli kiriman Alvin di laman Facebooknya, mencabar Zahid melakukannya segera.
Bagaimanapun, selepas tindakan tersebut diambil, beberapa orang peguam berkata Putrajaya tidak berhak menarik balik pasport rakyat Malaysia kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. 
Mereka berpendapat, keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 berkenaan "kebebasan peribadi" di bawah Artikel 5 merangkumi hak warganegara Malaysia ke luar negara dengan pasport yang sah. 
Zahid hari ini berkata, beliau yakin kedua-dua individu terbabit akan pulang ke Malaysia. 
"Kalau dia berani dia patut balik semula, ertinya dia pengecut, sebab itu dia tidak dapat ijazah, dia gagal," kata Zahid, merujuk kepada tindakan Alvin yang meninggalkan pengajiannya di universiti di Singapura. 
"Sejauh-jauh bangau terbang, akan balik ke belakang kerbau juga," kata naib presiden Umno itu. 
Beliau bagaimanapun berkata, Putrajaya tidak mempunyai sebarang peruntukan menghalang mana-mana negara memberi suaka politik kepada dua individu itu. 
"Kalau ada negara lain yang berikan dokumen perjalanan, itu urusan negara berkenaan," katanya, dan menekankan yang beliau tidak menyalahgunakan kuasa dalam tindakannya menarik balik pasport Ali dan Alvin. 
"Saya tidak salah gunakan kuasa... Tapi, tiada pasport itu pun sudah cukup seksa," kata Zahid. 
Ahli Parlimen Bagan Datoh itu berkata, pasport yang diberikan kepada warganegara Malaysia ialah keistimewaan yang diberikan kerajaan kepada rakyatnya. 
"Pasport milik peribadi, tetapi hak pembatalan itu milik negara. Ia bukan keistimewaan kepada peribadi, ia keistimewaan diberikan negara kepada seseorang warganegara," katanya lapor The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.