`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 9, 2014

Gaji CEO Baru MAS RM500,000 Sebulan..??

BENARKAH KHAZANAH NASIONAL BAKAL MEMBAYAR GAJI LEBIH RM 500,000 SEBULAN UNTUK CEO BARU MAS CHRISTOPH R. MULLER????
Sekarang ini pun bakal CEO MAS yang bakal digajikan oleh Khazanah Nasional untuk mengemudi MAS menerima upah termasuk bonus dari Aer Lingus hampir RM6 juta setahun bersamaan RM500,000 sebulan ... ikut hukum akal logik sudah pasti untuk memancing dan memikat beliau agar menjadi CEO MAS yang baharu sudah pasti gaji dan upahnya lebih lumayan dari itu ... ini tidak termasuk pelbagai kemudahan dan faedah seperti pemandu, kereta rasmi, rumah termasuk pembantu rumah.


KETUA Pegawai Eksekutif Aer Lingus, Christoph R. Muller yang akan menerajui Malaysia Airlines (MAS) mulai tahun depan menerima bayaran hampir RM6 juta (1.29 juta Euro) pada tahun lalu daripada syarikat penerbangan nasional Ireland itu. 

Berdasarkan laporan online Independent Ireland, jumlah itu meningkat dari kira-kira RM5.3 juta (1.24 juta Euro) pada tahun 2011.

Laporan itu menyebut, pendapatan Muller untuk tahu lalu itu termasuk gaji kira-kira RM2 juta (475,000 Euro), sumbangan untuk pencen RM507,000 (119,00 Euro), bonus berkaitan prestasi RM2.8 juta (647,000 Euro) dan lain-lain faedah kira-kira RM220,000 (52,000 Euro).

Bagaimanapun MAS belum mendedahkan gaji yang bakal dibayar kepada Muller yang akan menerajui syarikat penerbangan kebangsaan itu.

Sementara itu Bernama melaporrkan rekod prestasi Mueller yang cemerlang, menjadikannya tokoh paling tepat untuk memulihkan MAS.

Bagaimanapun, bukan satu tugas yang mudah bagi beliau di MAS, meskipun telah berjaya memulihkan masalah kewangan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa, memandangkan masalah kompleks yang dihadapi oleh penerbangan negara sejak bertahun. 

Ini termasuk kerugian besar berjumlah RM576.1 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, serta persaingan sengit dalam industri penerbangan terutamanya daripada syarikat penerbangan tambang rendah. 

Di samping itu, beliau perlu memulihkan penjenamaan MAS berikutan tragedi MH370 dan MH17, masing-masing berlaku pada pada 8 Mac dan 17 Julai lepas. 

Sementara itu, dalam satu kenyataan pada Jumaat, Khazanah Nasional Bhd berkata Mueller telah melaksanakan proses pemulihan korporat Lufthansa antara 1994 dan 1999 sebagai Naib Presiden Kanan bagi pengurusan rangkaian dan perancangan korporat. 

"Warga Jerman itu yang merupakan CEO Aer Lingus sejak 2009, mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam sektor penerbangan, logistik dan pelancongan. 

"Di bawah penyeliaan beliau, Aer Lingus menceburi pasaran dan model perniagaan baharu. Syarikat berjaya memperbaiki kedudukannya daripada hanya model perniagaan dengan perniagaan kepada model perniagaan dengan pengguna membabitkan pengedaran 90 peratus dalam talian," kata kenyataan itu. 

Pada 1999, Mueller beralih ke Sabena S.A, yang merupakan sebahagian daripada Swissair Group, sebagai Ketua Pegawai Operasi sebelum menjadi CEO Sabena Group. 

"Mueller membangunkan siri rancangan untuk disesuaikan dengan pemegangan saham kerajaan Belgium termasuk program pengurangan kos utama. 

"Secara keseluruhan, beliau mempunyai pengalaman kira-kira 10 tahun sebagai ketua eksekutif di bahagian dan kumpulan dalam sektor penerbangan, dan juga mempunyai pengalaman yang luas dalam lembaga pengarah, termasuk dalam sektor pelancongan," kata kenyataan itu. 

Mueller akan dilantik sebagai CEO syarikat baharu MAS, berkuatkuasa pada 1 Jan, 2015, dan bakal menyertai lembaga pengarah pada suku kedua tahun depan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.