`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 1, 2014

Lelaki maut kereta masuk sungai


Beluran: Mayat sorang lelaki ditemui pagi tadi dalam kereta jenis Skyline yang terjunam ke dalam sungai di Jalan Kuala Sapi, dekat sini.

Mayat mangsa Clifford Nicholas Noslie, 34, disyaki mati akibat lemas di dalam kereta yang dipenuhi air.

Difahamkan, kejadian disedari oleh seorang buruh ladang yang menemui kereta mangsa berada di dalam sungai 7.30 pagi tadi sebelum segera menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Shivanathan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.

"Tarikh sebenar kejadian belum dipastikan namun mangsa ditemui oleh seorang buruh ladang pagi tadi sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

"Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.