`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 1, 2014

Potong Gaji Kakitangan Awam di Malaysia Sebanyak 10% Setiap Bulan. Setuju Penjawat Awam?

potong gaji



Potong Gaji Kakitangan Awam di Malaysia Sebanyak 10% Setiap Bulan. Setuju Penjawat Awam? : Apabila disuruh berikan ucapan seperti mana dilakukan oleh Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda Umno disertakan dengan cadangan yang disampaikan baru-baru ini (DI SINI). Apabila tiba sahaja giliran Datuk Mas Ermieyati Samsudin selaku Ketua Puteri UMNo Malaysia, beliau mempunyai cara dan idea tersendiri untuk… dikongsikan bersama jemaah UMNO yang berkumpul semasa berlangsung Perhimpunan Agung UMNO.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin dengan ini mahu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kewangan potong gaji anda sebagai kakitangan awam di Malaysia sebanyak 10% untuk diberikan kepada isteri anda.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin merasakan cadangan ini perlu dilaksanakan seperti mana yang sedang dijalankan kementerian Pertahanan Malaysia terhadapan anggota tentera di Malaysia. Datuk Mas Ermieyati Samsudin juga merasakan sudah tiba masa dan ketikanya, cadangan yang diberikan olehnya ini perlu diteruskan dan diperluaskan kepada seluruh jabatan dan Kementerian di Malaysia.
Bagi Berita Semasa sendiri, mengapa perlu potong gaji kakitangan awam untuk tujuan diberikan kepada isteri? Sekarang ini pun sudah ada potongan rebet untuk isteri, untuk apa ini?

Perlukah Mekanisme Potong Gaji Kakitangan Awam di Malaysia Sebanyak 10% Setiap Bulan Untuk Nafkah Isteri?

 

  1. Kepada Datuk Mas Ermieyati Samsudin, bukankah apabila potong gaji kakitangan awam untuk tujuan sebegini rupa bakal menambah kesulitan untuk kalangan pasangan ini untuk membuat sebarang pinjaman?
  2. Apabila timbul isu seperti di atas, bukan sahaja suami, isteri pun bukankah akan susah sama?
Dan Berita Semasa merasakan tidak perlu sebenarnya untuk potong gaji kakitangan awam di Malaysia (melibatkan penjawat awam lelaki). Suami tahu tanggungjawab mereka bagi nafkah Zahir, batin & kasih saying kepada bini & anak-anak. Tidak perlu sampai menggunakan peraturan dan pengutkuasaan sebegini rupa yang mana kerajaan Malaysia “terpaksa campur tangan” pula melalui pekeliling. Ermmmm….

Apa pula pendapat anda? Jikalau anda ada pendapatan tersendiri dan berbeza, sila kongsikan bersama di sini…

P/S: Fahamilah apa itu akad nikah. Pernikahan dalam Islam cukup indah dan mudah tidak akan sama sekali sama dengan agam lain. Kedudukan perempuan telah diangkat tinggi oleh Allah tetapi janganlah kita sesekali meletakkan perempaun di darjat yang bawah. Insyaallah.

PP/S : Memberi duit kepada isteri bukankah sedekah. Dan bukankah sedekah itu memurahkan rezeki? Dan perkahwinan itu sendiri menarik rezeki? Jangan pandang nilai wang, pandanglah sedekah itu sebab matematik ALLAH untuk membalas ganjaran kebaikan tidak dapat kita congak sama sekali

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.